Pusat Kesihatan Universiti, UTM Johor Bahru telah menganjurkan program khidmat masyarakat di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Carey, Klang Selangor. Inisiatif yang dijalankan ialah mengumpulkan bahan-bahan bacaan baru atau terpakai pelbagai kategori seperti buku fiksyen, buku rujukan, buku pendidikan, sirah nabi, buku ulangkaji, buku am dan lain-lain.

Justeru, Jabatan Perpustakaan UTM selaku penyedia perkhidmatan dan sumber ilmu pengetahuan menyokong inisiatif pihak Pusat Kesihatan Universiti bagi menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan pelajar sekolah. Sinergi antara Jabatan Perpustakaan UTM, Persatuan Pustakawan Kumpulan Selatan dan Perpustakaan Negara Malaysia telah menyumbangkan sebanyak 100 naskhah buku.

Sumbangan bahan bacaan telah disampaikan oleh wakil Jabatan Perpustakaan UTM iaitu Encik Noor Effendy bin Hamzah yang merupakan Pustakawan Kanan, Perpustakaan Fakulti dan UTM Reading Station, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perpustakaan kepada Dr. Nor’Ashikin binti Sharif, Pengarah Pusat Kesihatan Universiti diiringi Dr. Mohd Firdaus Akmal bin Azman, Ketua Unit Pesakit Luar & Kecemasan.

Semoga ilmu dan maklumat yang diperoleh daripada bahan bacaan memberi manfaat kepada para pelajar sesi pengajaran dan pembelajaran sekolah selain meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis kerana membaca adalah jambatan ilmu.

Share this :