Pada 24 Ogos 2023, seramai 7 orang staf Perpustakaan UTMKL telah menyertai Program Kesejahteraan Staf yang diadakan di Taman Tasik Titiwangsa. Acara ini dijalankan dari jam 8 pagi hingga 11 pagi, bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan staf melalui aktiviti santai dan bermakna.

Salah satu kegiatan utama adalah sesi Book Talk yang diadakan dengan berlatar belakangkan pemandangan indah tasik dan KLCC. Dalam sesi ini, dua (2) penyampai telah berkongsi pandangan mereka mengenai buku-buku yang inspiratif.

Pengulas pertama, Nor Iman Ibrahim, telah mengupas pandangannya mengenai buku yang berjudul “Cara Terindah Untuk Mati” yang ditulis oleh Rachmat Ramadhana al-Banjari. Beliau telah membincangkan isu-isu mendalam yang dibangkitkan dalam buku ini, memberi wawasan kepada para hadirin tentang keindahan makna di sebalik kematian.

Pengulas kedua, Nurul Asyikin Mohd Anuar, telah berkongsi ulasan tentang buku “Berteduh Dari Kegelisahan Hati” yang ditulis oleh Pahrol Mohamod Juoi. Beliau telah mengaitkan isi buku dengan aspek kesejahteraan dan memberi inspirasi kepada semua yang hadir untuk menguruskan kegelisahan hati dengan bijak.

Sebelum sesi Book Talk diadakan, staf Perpustakaan UTMKL telah mengambil bahagian dalam sesi pemanasan badan yang dinamakan “Pemanasan Energetik.” Aktiviti pemanasan ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan badan dan memastikan semua peserta dalam keadaan siap dan bertenaga sebelum memasuki sesi intelektual yang akan datang.

Selepas sesi Book Talk, staf melanjutkan dengan aktiviti fizikal yang dikenali sebagai “Sesi Kudah Tasik.” Dalam sesi ini, peserta berjalan kaki sepanjang kawasan tasik, sambil mengutip sampah bagi memastikan kelestarian tasik dipelihara. Aktiviti ini juga membantu dalam peningkatan kesihatan fizikal dan mental.

Keseluruhan acara ini berfokus pada meningkatkan semangat kerjasama, kesihatan, dan kesejahteraan dalam kalangan staf. Aktiviti seperti ini akan terus dianjurkan dalam masa akan datang untuk memupuk hubungan positif di kalangan staf dan mewujudkan persekitaran kerja yang sihat dan dinamik.

Share this :