Pada sesi akademik 2023/2024, UTM Kuala Lumpur telah mengalu-alukan kehadiran mahasiswa baharu yang mendaftar seramai 155 orang. Minggu Mesra Mahasiswa atau lebih sinonim 3M telah berlangsung daripada 1 hingga 5 Oktober 2023. Pada hari terakhir orientasi, Perpustakaan telah dijemput oleh Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) untuk memberi taklimat pengenalan ringkas kepada para pelajar.

Bertempat di Dewan Azman Hashim UTMKL, Puan Nurrull Huda Abd Wahid selaku Pustakawan Kanan Unit Perkhidmatan telah mengadakan sesi informasi yang berlangsung selama 30 minit. Sesi ini bertujuan untuk memperkenalkan pelajar dengan perkhidmatan dan sumber yang ditawarkan oleh Perpustakaan UTM dalam membantu mereka sepanjang pengajian.

Sesi kuiz ringkas turut diadakan untuk menilai kefahaman pelajar tentang perkhidmatan perpustakaan. Menariknya, lima (5) pemenang telah menerima Baucar Coffee He & She sebagai saguhati.

Share this :