Pada 13 September 2023 (Rabu), telah berlangsung Kursus Literasi Maklumat (Asas) bertempat di Makmal Pencarian Maklumat (MPM) 1 & 2, Bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah, Johor Bahru. Ia merupakan salah satu kursus anjuran Center for Talent & Leadership Develoment (CTLD), Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 23 orang peserta kursus ini telah disertai oleh staf dari Jabatan Perpustakaan UTM.

Objektif utama kursus ini diadakan adalah memperkenalkan kepada peserta untuk memahami konsep asas literasi maklumat. Di akhir kursus, peserta berkeupayaan menjadi individu yang celik maklumat. Fasilitator yang mengendalikan kursus ini adalah Puan Khairulbahiyah Yaakub dan Encik Mohammad Fikri Yusof. Fasilitator memulakan kursus dengan pengenalan kepada tajuk dan beberapa sesi kuiz dalam talian dibuat bagi mengukur tahap pemahaman peserta.

Di akhir slot kursus ini, peserta juga telah diminta untuk membuat satu kajian kes bertajuk “Impacts of COVID-19 to Academic Library services”. Tugasan ini telah berjaya di selesaikan oleh semua dengan sesi pembentangan dalam kumpulan. Fasilitator juga berharap pengalaman serta ilmu baru yang ditimba dari kursus ini dapat digunakan dalam menyelesaikan tugas harian peserta.

Share this :
UTM Open Day