Perpustakaan UTM KL telah berbesar hati menerima kunjungan pelajar Tahun 2 Program Sarjana Muda Sains Senibina dengan Kepujian, Fakulti Alam Bina dan Ukur UTM Johor Bahru pada 16 Ogos 2023. Kunjungan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan data dan maklumat berkaitan dengan projek mereka di Kampung Bharu di bawah subjek Lukisan Terukur (SBEA 2933) dan juga Kajian Warisan (SBEA 2823).

Selaras dengan fungsi Perpustakaan UTM sebagai pusat rujukan ilmu, satu sesi taklimat telah diadakan bagi menyampaikan maklumat dan koleksi mengenai Kampung Bharu di Gallery@UTM KL.

Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Puan Noor Ayesha Mohd Ezanee selaku Pustakawan Unit Galeri Perpustakaan UTMKL kepada wakil kumpulan pelajar iaitu seramai 9 orang. Penerangan ringkas telah disampaikan kepada para pelajar mengenai koleksi sejarah Kampung Bharu yang terdapat di Gallery@UTMKL.

Selain itu, turut diterangkan juga fungsi Unit Galeri serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh perpustakaan sama ada secara atas talian, mahupun secara fizikal antaranya perkhidmatan pinjaman antara perpustakaan (ILL), dan kaedah pencarian bahan menggunakan Document Management System (DMS) untuk membantu pelajar mendapatkan maklumat dan data yang tepat secara efisien bagi keperluan pembelajaran dan penyelidikan.

Share this :