Pada 22 Oktober 2023 (Ahad), Perpustakaan UTM telah menerima kunjungan lawatan daripada pelajar Pascasiswazah Baharu Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan yang terdiri daripada 12 orang pelajar. Tujuan utama lawatan ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada mahasiswa mengenai perkhidmatan yang ditawarkan Perpustakaan UTM. Selain dari itu, ia juga merupakan platfom kepada pustakawan berkongsi maklumat terkini unit atau bahagian secara umum dah khasnya mengenai kemudahan dan fasiliti perpustakaan yang ditawarkan kepada pengguna. Lawatan ini telah dikendalikan oleh Pustakawan Unit Promosi iaitu Puan Nazurah dan dibantu selia oleh dua (2) orang staf bahagian perkhidmatan.

Program lawatan ini dimulakan dengan sesi taklimat pengenalan kepada perpustakaan oleh pustakawan bertugas. Sesi ini bertujuan untuk membiasakan pelajar dengan perkhidmatan dan sumber yang ditawarkan oleh Perpustakaan UTM bagi membantu mereka sepanjang pengajian di UTM. Para pelajar diberikan pendedahan tentang pengenalan kepada perpustakaan, perkhidmatan yang ditawarkan dan para pelajar juga ditunjukkan cara-cara untuk mengaktifkan akaun perpustakaan mereka.


Seterusnya, program diteruskan dengan sesi tour ke bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah. Staf bertugas telah menerangkan dan berkongsi serba ringkas tentang perkhidmatan yang di sediakan di Perpustakaan Sultanah Zanariah seperti waktu perkhidmatan, koleksi bahan-bahan yang terdapat di perpustakaan dan servis yang PUTM tawarkan kepada pelajarpelajar UTM.

Tahniah diucapkan kepada semua mahasiswa baharu, selamat datang dan syabas kerana menjadi sebahagian dari warga UTM. Semoga terus sukses dan cemerlang.

Share this :