Unit Penerbitan Penyelidikan, Seksyen Perkhidmatan dengan telah mengadakan “Kursus Pemantapan Semakan dan Pengesahan Penerbitan Penyelidikan Universiti: Kategori Tidak Berindeks dan Lain-lain Penerbitan” di Sistem Radis 4.0 pada 29 Oktober 2023 (Ahad). Kursus ini melibatkan semua penyemak penerbitan tidak berindeks dan lain-lain penerbitan sebagai persediaan semakan data penerbitan universiti pada hujung tahun.

Taklimat telah dibahagikan kepada dua (2) sesi yang dikendalikan oleh Puan Nurul Hasyimah Mahmud (Pembantu Perpustakaan) dengan seliaan Puan Nor Syuhadah Shafie (Pustakawan) dan Puan Nor Aishah P Mosar (Pustakawan). Kedua-dua sesi ini telah mendapat sambutan dan respon yang amat positif dalam kalangan peserta berhubung kaedah semakan dan pengesahan yang betul.

Diharap sesi perkongsian ini dapat meningkatkan pengetahuan setiap penyemak penerbitan kategori tidak berindeks dan lain-lain penerbitan penyelidikan dan program telah berakhir pada jam 4.30 petang.

Share this :