Sinergi antara Jabatan Perpustakaan UTM (JPUTM) dan Pejabat Kelestarian Kampus telah menganjurkan satu (1) Program Bicara Karya yang bertajuk UTM Sustainability Blueprint 2030 pada 25 September 2023 (Isnin) bertempat di Bangunan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah, UTM Johor Bahru dan disiarkan secara langsung melalui Facebook dan Youtube Perpustakaan UTM. Panel jemputan bagi program ini ialah Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd Fadhil Md Din, Pengarah, Pejabat Kelestarian Kampus, UTM Johor Bahru. Manakala moderator pada sesi kali ini ialah En Kiflee Jimpi, Penolong Pendaftar Kanan, Pejabat Kelestarian Kampus, UTM Johor Bahru.
Program Bicara Karya merupakan program kupasan buku secara terperinci oleh penulisnya. UTM Sustainability Blueprint 2030 merangkumi lima (5) bab utama yang memperincikan tentang aspirasi UTM berkaitan dengan kelestarian dan usaha-usaha yang direncanakan oleh kampus untuk memastikan matlamat kelestarian kampus itu tercapai. Justeru, pelan tindakan ini mensasarkan tahun 2030 sebagai matlamat dengan melalui tiga (3) fasa di mana tahun 2023 ini menyaksikan bahawa UTM sedang berada di fasa pertama pelaksanaan pelan tindakan ini. Menurut panel, UTM merupakan satu-satunya instituasi yang telah mempunyai satu komponen yang berkaitan usaha yang lebih bersasar terutama komponen yang melibatkan kelestarian. Buku ini juga dihasilkan dengan mengunapakai kaedah dijalankan dalam kampus UTM itu sendiri dengan melantik enam (6) kumpulan utama yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing dan diterjemahkan ke dalam buku UTM Sustainability Blueprint 2030 ini.
Buku ini juga berkisar tentang transformasi gaya hidup, ekosistem kesihatan bumi yang merupakan salah satu daripada agenda anjakan 2030. Gabungan sains kepada tindakan dan penglibatan dengan platform serantau/antarabangsa boleh meningkatkan penyelesaian semasa dan cabaran masa depan. Terdapat banyak kemungkinan untuk memasukkan kerja-kerja kemampanan terutamanya untuk mentakrifkan semula aspek tanggungjawab Sustainable Development Goals (SDG) di pelbagai sektor terutama sekali di UTM.
Diantara cabaran dalam membentuk naskah ini adalah mencari signifikan yang merupakan keunikan kepada UTM untuk dilaksanakan tanpa meniru kepada contoh-contoh universiti yang lain. Memahamkan hard engineering kepada soft engineering kerana dalam blueprint, ia melibatkan kepada proses menganalisa mengapa perkara ini perlu dititikberatkan dan apakah komponen yang sepatutnya dimasukkan sebagai sebagai salah satu elemen baru yang perlu diterjemahkan dalam bentuk perlaksanaan. Mencari keunikan yang ada dalam UTM untuk diterjemahkan dalam bentuk penulisan supaya mudah difahami dan dapat disampaikan dalam bentuk yang lebih santai.
Blueprint ini juga adalah sebagai bukti usaha UTM memastikan warganya cakna dengan core business UTM iaitu penyelidikan seterusnya memberi kerjasama yang utuh bagi menjadikan hasrat dan aspirasi pengurusan tertinggi UTM berkaitan moonshot tercapai.