Perpustakaan Raja Zarith Sofiah berbesar hati menerima lawatan delegasi Universitas Sriwijaya (UNSRI) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTM pada 27 November 2023 (Isnin). Program lawatan ini telah melibatkan seramai 15 orang pelajar telah bermula pada jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang. Sesi lawatan dan penerangan ringkas ini telah disampaikan oleh En Mohammad Fikri Bin Yusof, Pn Liza Binti Porijo dan dibantu oleh Cik Tuan Syahirah Binti Tuan Abdul Rahman.

Sepanjang sesi lawatan para pelajar ini telah diberikan pendedahan mengenai fasiliti, koleksi dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Perpustakaan Raja Zarith Sofiah kepada pengguna UTM. Para pelajar telah dibawa melawat ke beberapa lokasi di Perpustakaan Raja Zarith Sofiah seperti di Koleksi Layanan Terbuka, Koleksi Tesis, Galeri Tokoh Penyelidik, Galeri Raja Zarith Sofiah, Sudut Bacaan Tan Sri Dr, Salleh Bin Md Nor dan Koleksi Khazanah Intelek Johor.

Para pelajar telah didedahkan dengan tatacara penggunaan bilik karel, bilik perbincangan dan telah diberikan penerangan akan koleksi yang berada di Perpustakaan Raja Zarith Sofiah. Para pelajar turut didedahkan dengan pencarian tesis menggunakan sistem carian di OPAC di portal Perpustakaan UTM.

Pihak Perpustakan UTM amat berbesar hati menerima lawatan daripada pihak Delegasi Universitas Sriwijaya dan berharap lawatan ini dapat menjalinkan sinergi dan kerjasama antara kedua belah pihak pada masa akan datang.

Share this :