Perpustakaan UTM telah menerima kunjungan delegasi Ketua Pustakawan dan Pengurusan Tinggi Perpustakaan Universitas Negeri Malang (UM), Indonesia pada 28 & 29 November 2023 dengan seramai empat (4) orang pelawat yang terdiri dari pengurusan tertinggi Universitas Negeri Malang.
Tujuan utama kunjungan ini adalah untuk membincangkan mengenai rancangan Memorandum of Agreement (MoA) diantara Perpustakaan Universitas Negeri Malang (UM), Indonesia dengan Jabatan Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia (JPUTM). Pada hari pertama kunjungan, wakil pengurusan perpustakaan mengadakan sesi penerangan ringkas berkenaan Jabatan Perpustakaan UTM.
Setelah selesai sesi penerangan ringkas berkenaan Jabatan Perpustakaan UTM, mereka dibawa ke sesi lawatan ke seluruhan Bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah. Peserta lawatan juga tidak melepaskan peluang untuk turut mengunjungi Galerium Perpustakaan UTM di aras 2, bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah yang menempatkan pelbagai peralatan, perkakasan, dan artifak yang digunakan sejak awal penubuhan UTM.
Selesai sesi lawatan, aktiviti diteruskan lagi dengan sesi perbincangan mengenai isi kandungan untuk rancangan MoA diantara Perpustakaan Universitas Negeri Malang (UM), Indonesia dengan JPUTM. Isi kandungan rancangan MoA adalah lebih kepada perkhidmatan – perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Perpustakaan UTM.
Aktiviti diteruskan lagi dengan sesi perbincangan Focus Group Discussion mengenai pembentukan galeri yang diketuai oleh Cik Haslina binti Othman bersama team beliau di ruangan Bilik Mesyuarat Utama Perpustakaan Sultanah Zanariah. Pada sebelah petang pula, telah diadakan sesi lawatan ke bangunan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah. Seusai sesi lawatan, aktivit diteruskan lagi dengan sesi perbincangan bersama team Automasi mengenai pengelolaan katalog, database dan sistem pengurusan perpustakaan.
Pada 29 November 2023, aktiviti diteruskan lagi dengan sesi perbincangan mengenai pengembangan artikel yang telah ditulis bersama untuk dikembangkan dan dikirimkan ke jurnal terindeks internasional dan diskusi penulisan proposal grant tahun 2024.