28 Disember 2023, Khamis – Jabatan Perpustakaan UTM telah menganjurkan Sesi Townhall Pencapaian Suku Tahun Keempat (Q4) Pelan Tindakan 2023 enVision UTM 2025 Jabatan Perpustakaan UTM yang dilaksanakan secara dalam talian melalui aplikasi Cisco Webex. Keseluruhan staf Jabatan Perpustakaan UTM yang berkesempatan telah menghadiri sesi ini termasuklah cawangan Kuala Lumpur dan Pagoh yang bermula pada jam 10.00 pagi.
Sesi Townhall ini telah memperincikan pencapaian Suku Tahun Keempat (Q4) perancangan KEYHIR & HIR bagi Bahagian/Seksyen yang terlibat di Jabatan Perpustakaan UTM sepanjang tahun 2023.
Terdapat tiga (3) bahagian di bawah Jabatan Perpustakaan UTM yang terlibat di dalam sesi pembentangan pencapaian Suku Tahun Keempat (Q4) Pelan Tindakan 2023 enVision UTM 2025. Setiap kumpulan diwakili oleh seorang pembentang bagi membentangkan hasil pencapaian berkaitan Key High Impact Result (KEYHIR) dan High Impact Result (HIR).
Sesi ini telah berjaya memberi gambaran sebenar kepada seluruh warga kerja Jabatan Perpustakaan UTM yang telah menyumbang kepada segala hasil yang telah dibentangkan di dalam Townhall ini di mana setiap satunya adalah berkaitan di antara satu sama lain. Sesi ini turut berjaya memberi pendedahan kepada setiap staf mengenai apa yang telah berlaku di satu-satu bahagian atau seksyen tersebut sepanjang tahun 2023.