Pada 20 Januari 2024 (Sabtu), satu taklimat Majlis Aluan Pelajar (MAP) Program Diploma (sepenuh masa & separuh masa) SPACE UTM telah diadakan dengan jumlah kehadiran sebanyak 50 orang pelajar baharu. Puan Nurrull Huda Abdul Wahid, Pustakawan Kanan, Perpustakaan UTM Kuala Lumpur telah menyampaikan taklimat yang diadakan secara dalam talian dengan menggunakan platform Webex bermula pada jam 11.15 pagi hingga 11.45 pagi.

Taklimat yang disampaikan adalah berkaitan dengan pelbagai perkhidmatan dan fasiliti yang disediakan oleh perpustakaan meliputi peminjaman dan pemulangan bahan, khidmat runding maklumat, pangkalan data, kemudahan Internet dan komputer, kelas kemahiran dan bengkel pencarian maklumat, pinjaman bahan antara perpustakaan iaitu Inter Library Loan (ILL), sokongan kepada penyelidik dan lain-lain lagi.

Semoga dengan taklimat ini akan membantu para pelajar untuk lebih berdaya saing dan efisien dalam menyelesaikan tugasan sepanjang pengajian di UTM.

Share this :