Pada 16 Januari 2024 (Selasa), Perpustakaan Sultanah Zanariah UTM Johor Bahru (PSZ) telah melaksanakan Program Gotong-Royong Bil. 1/2024 yang melibatkan semua staf PSZ termasuk staf yang bertugas shif petang. Program ini merupakan salah satu amalan penambahbaikan secara berterusan sejajar dengan objektif kualiti berteraskan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).

Sebelum program dilaksanakan, satu (1) sesi taklimat ringkas disampaikan oleh setiap ketua kumpulan kepada staf seliaan masing-masing. Hal ini bagi memudahkan proses pembahagian tugasan pembersihan dijalankan.

Aktiviti gotong-royong kali ini melibatkan setiap aras bangunan PSZ di beberapa kawasan dan ruang utama bangunan PSZ yang terdiri daripada Ruang Bacaan Am, Bilik Perbincangan, Bilik Karel, Surau Wanita, Bilik Jamuan, Pantri, Kawasan Komputer dan Makmal Penyelidikan Maklumat.

Aktiviti gotong–royong ini selesai dilaksanakan pada jam 12.00 tenggah hari. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua staf PSZ diatas penglibatan dan yang telah bertungkus lumus memberikan komitmen dalam merealisasikan program pada hari ini.

Share this :