Pada 15 Januari 2024 (Isnin), Jabatan Perpustakaan UTM (JPUTM) telah menganjurkan sesi Town Hall Pelaksanaan Pelan Tindakan 2023 enVision UTM 2025 secara dalam talian menerusi aplikasi Cisco Webex. Sesi yang telah dijalankan pada jam 2.30 petang ini telah dihadiri oleh semua staf JPUTM termasuklah staf di Perpustakaan Sultanah Zanariah, Kuala Lumpur (PSZKL) dan juga UTM Pagoh.

Program yang dianjurkan oleh Seksyen Pentadbiran & Korporat ini bertujuan untuk memberikan penerangan serta pendedahan yang lebih jelas kepada semua warga kerja JPUTM berkaitan gerak kerja serta pelaksanaan pelan tindakan yang akan dilaksanakan bagi menyokong kejayaan enVision universiti dan jabatan sepanjang tahun 2024.

Sepanjang berlangsungnya sesi townhall ini, empat (4) bahagian di bawah Jabatan Perpustakaan UTM telah membentangkan pelan tindakan bahagian masing-masing untuk tahun 2024. Setiap bahagian diwakili oleh seorang pembentang bagi membentangkan hasil perbincangan berkaitan Key High Impact Result (KEYHIR) dan Key Amal Indicator (KAI). Terdapat dua (2) pelan tindakan di bawah satu (1) KeyHIR di peringkat universiti dan sebanyak 27 KAI di peringkat Jabatan Perpustakaan UTM untuk keseluruhan bahagian.

Semoga sesi ini dapat memberikan pencerahan yang jelas kepada warga JPUTM supaya lebih bermotivasi, kreatif dan proaktif dalam menjalankan tugas demi menjayakan matlamat Universiti Teknologi Malaysia.

Share this :