Pada 22 Februari 2024 (Khamis), Unit Perundingan Maklumat telah menganjurkan satu (1) sesi Taklimat Pustakawan Perpustakaan UTM 2024. Objektif taklimat ini diadakan adalah untuk berkongsi maklumat terkini mengenai perkhidmatan dan kemudahan di Perpustakaan UTM. Selain itu, ia turut memberikan penjelasan mengenai peranan serta tanggungjawab Pustakawan terlibat semasa bertugas di meja Perundingan Sokongan Penyelidikan (PSP). Seramai 38 orang peserta telah menyertai taklimat ini dimana ianya terdiri daripada Pustakawan, Penolong Pegawai Pustakawan dan Penolong Pustakawan merangkumi staf Perpustakaan UTM Johor, Kuala Lumpur dan Pagoh.

Sesi taklimat ini diadakan melalui aplikasi dalam talian (Webex). Dalam sesi taklimat ini, setiap peserta yang menjadi pembentang telah mewakili seksyen atau bahagian di dalam Jabatan Perpustakaan UTM. Tentatif program adalah seperti berikut :

Diharapkan sesi taklimat ini dapat membantu memberikan penerangan dan rujukan yang jelas kepada setiap Pustakawan yang bertugas di meja PSP. Semoga perkongsian ini dapat diaplikasikan ketika memberikan maklum balas kepada para pengguna di Perpustakaan UTM.

Share this :