Pada 4 Mac 2024 (Isnin), telah diadakan satu (1) Program Webinar Eikon Data Stream yang diadakan secara dalam talian menggunakan platform Webex. Sesi yang diadakan lebih kurang dua (2) jam ini dihadiri oleh 34 orang peserta yang terdiri daripada staf dan pelajar. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan berkaitan pangkalan data Eikon Datastram yang dilanggan oleh Jabatan Perpustakaan UTM (JPUTM). Ia merupakan platform data kewangan komprehensif yang menawarkan pelbagai ciri dan keupayaan untuk menyokong penyelidikan, pelaburan, membuat keputusan dan aktiviti pengurusan risiko dalam industri kewangan yang disediakan oleh Syarikat Refinitiv Eikon.


Pada sesi kali ini, panel yang terlibat ialah Mr.Wilson Teoh, Pengurus Akademi di Syarikat Refinitiv Eikon. Panel telah berkongsi mengenai tatacara penggunaan software Eikon Data Stream dalam mendapatkan maklumat yang diperlukan secara tepat dan mudah. Webinar ini mendapat maklum balas yang positif daripada peserta yang hadir, dan mereka berharap ia akan diadakan dengan lebih kerap.


Sesi program ini diakhiri dengan sesi soal jawab. Semoga sesi webinar yang diadakan ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta yang hadir.

Share this :