Sinergi Jabatan Perpustakaan UTM (JPUTM) kampus Kuala Lumpur dan Persatuan Alumni UTM telah mengadakan Pertandingan UTM Top Bidder yang dianjurkan oleh Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Alumni UTM Kuala Lumpur. Pertandingan ini telah dijalankan selama 2 (dua) hari pada 19 & 20 Mac 2024 dengan menampilkan 18 kumpulan yang berentap untuk mendapat gelaran juara. Antaranya ialah Society of Automative Engineers Malaysia (SAEM), Persatuan Kejuruteraan Perisian (SOFEA), CHEMPRO, Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan Mekanikal Kejituan (PREMECH), Persatuan Mahasiswa Sains Komputer (COMSTAR), Persatuan Kejuruteraan Awam (PEMKA),Persatuan Mahasiswa Pengurusan Teknologi & Perakaunan (SMART), Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Siswa Jaya (JKM KSJ), Kelab Penyelidikan & Inovasi (RIC), serta Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTM Kuala Lumpur.
Sebanyak tiga (3) kumpulan akan dipilih bagi membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM 5000, RM 4000 dan RM 3000. Selain itu, satu Anugerah Khas Persatuan Alumni bernilai RM1000 turut diberikan kepada kumpulan yang terpilih. Anugerah Khas Alumni ini merupakan peruntukan tambahan untuk Program National Sustainability Innovation Challenge 2024 (NaSIC’24).
Seterusnya, pemenang utama ialah Persatuan RIC yang akan menganjurkan Program SITC telah menjuarai pertandingan UTM Top Bidder 2024 sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM 5000. Manakala tempat kedua dimenangi oleh Persatuan COMSTAR yang akan membuat Program Hacknation dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM 4000 dan tempat ketiga pula dimenangi oleh Persatuan SAE UTM Kuala Lumpur (SAKURA) yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM 3000 dan akan membuat Program SAMIIE 24. Selain itu, bagi tempat ke-4 dimenangi oleh gabungan persatuan (PEMKA, KELANA SISWA, JURUTEK, SMART & PEHARTA) dan tempat ke-5 adalah SOFEA. Masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM 2000 dan RM 1000. Saguhati bernilai RM 400 diberikan kepada lima (5) lagi kumpulan.
Barisan juri yang terlibat dalam Top Bidder 2024 ialah YBhg. Dato’ Ir. Hj. Mohamad Khairi Ambran, Presiden PAUTM; Puan Nik Masriza Zakaria, Timbalan Ketua Pustakawan JPUTM; Encik Muhammad Tariq Ramlan, Timbalan Bendahari UTM; serta Puan Nurul Ain Mohd Yunos dari Pejabat Pendaftar UTM Kuala Lumpur.
Tahniah kepada semua pemenang Pertandingan UTM Top Bidder bagi tahun ini. Bagi yang tidak berjaya pada tahun ini, jangan berputus asa kerana setiap cabaran adalah satu pembelajaran. Bagi yang tidak berjaya kali ini berpeluang untuk mencuba lagi pada tahun-tahun akan datang. Semoga pengalaman dan pembelajaran dari pertandingan ini dapat memberi inspirasi kepada pelajar lain dalam menghasilkan idea yang baik dan kreatif di masa hadapan. Kolaborasi dan pertandingan seperti ini juga dapat memotivasikan pelajar untuk terus meningkatkan kemahiran, soft skills dan kreativiti mereka.