4 April 2024, Rabu – Perpustakaan Raja Zarith Sofiah (PRZS) telah dikunjungi delegasi panel audit akreditasi penuh bagi Program Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perniagaan Antarabangsa) dengan Kepujian, UTMSpace. Delegasi diketuai oleh Profesor Madya Dr. Aslan bin Amat Senin, turut serta bersama ialah Profesor Madya Dr. Abdul Kadir bin Othman dan Profesor Madya Dr. Jegatheesan a/l Rajadurai. Turut mengiringi ialah pegawai-pegawai dari UTM Ace dan Dr. Siti Munira Jamil, Pengurus, Jabatan Penyelidikan dan Sumber Pembelajaran, SPACE UTM. Lawatan ini dikendalikan oleh Puan Zafarina Dol, Ketua Seksyen Pengurusan Koleksi; Puan Norhafisah Zakaria, Pustakawan Kanan, Unit Sirkulasi PSZJB; Puan Nur Nazurah Nordin, Pustakawan, Unit Promosi dan Tuan Syahirah Tuan Abdul Rahman, Penolong Pustakawan Kanan, Unit Sirkulasi PRZS.

Sesi lawatan dimulakan dengan sesi penerangan ringkas yang dikongsikan kepada para panel auditor mengenai Jabatan Perpustakaan UTM (JPUTM), koleksi-koleksi bahan yang boleh didapati di PSZJB dan PRZS, perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna dan peranan perpustakaan serta pustakawan dalam bidang penyelidikan. Seterusnya, delegasi panel auditor turut meneliti koleksi rujukan dan kemudahan fasiliti yang ditawarkan kepada pelajar di bangunan PRZS. Selain itu, delegasi panel auditor turut berkesempatan mengunjungi Bilik Tesis dimana tesis-tesis ditempatkan. Akses tesis secara fizikal hanya dibenarkan penggunaanya di ruangan khas yang telah disediakan oleh JPUTM. Sepanjang lawatan berlangsung, panel auditor  tidak melepaskan peluang dengan  bertanyakan beberapa soalan berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh JPUTM kepada para penggunanya.

Di samping itu, demonstrasi kaedah pencarian maklumat dan capaian kepada pangkalan data turut ditunjukkan kepada para panel oleh pustakawan pengiring di mana demonstrasi ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelawat mengenai tatacara perpustakaan mengurus maklumat dan bahan-bahan rujukan bagi keperluan pembelajaran dan juga penyelidikan.

Sesi ini berakhir pada jam 1 petang. Secara keseluruhan, program lawatan tapak dan proses audit ini telah berlangsung dengan lancar seperti yang dirancang. Semoga UTM Space berjaya mendapat pengiktirafan akreditasi penuh bagi Program Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perniagaan Antarabangsa) dengan Kepujian.

 

Share this :