27 Mei 2024, Isnin – Jabatan Perpustakaan UTM (JPUTM) telah menganjurkan Sesi Townhall Pelaporan Pencapaian Suku Tahun Pertama (Q1/2024) – Pelan Tindakan 2024: enVision UTM 2025 Key High Impact Result (KHIR), High Impact Result (HIR) & Key Amal Indikator (KAI) JPUTM yang dilaksanakan secara dalam talian melalui aplikasi Cisco Webex. Keseluruhan staf JPUTM yang berkesempatan telah menghadiri sesi ini termasuklah yang berada di cawangan Kuala Lumpur dan Pagoh yang bermula pada jam 2.30 petang.


Sesi townhall ini telah memperincikan pencapaian suku tahun pertama (Q1) perancangan KEYHIR, HIR dan KAI bagi bahagian atau seksyen yang terlibat di JPUTM sepanjang bulan Januari sehingga Mac tahun 2024.


Terdapat lima (5) bahagian utama yang terlibat di dalam sesi pembentangan ini.  Setiap bahagian diwakili oleh seorang pembentang bagi membentangkan hasil pencapaian berkaitan KEYHIR, HIR dan KAI.


Sesi ini telah berjaya memberi gambaran sebenar kepada seluruh warga kerja JPUTM yang telah menyumbang kepada segala hasil yang telah dibentangkan di dalam townhall ini di mana setiap satunya adalah berkaitan di antara satu sama lain. Sesi ini turut berjaya memberi pendedahan kepada setiap staf mengenai apa yang telah berlaku di setiap bahagian atau seksyen tersebut sepanjang bulan Januari sehingga Mac tahun 2024.

Share this :