4 September 2024, Rabu – Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (PSZKL) telah mengadakan program library enggagement bersama Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT) UTMKL. Program ini bertujuan untuk memperkukuh sinergi di antara PSZKL dengan MJIIT dalam menyokong aktiviti penyelidikan serta meningkatkan kesedaran tentang peranan perpustakaan dalam membantu ahli akademik dan penyelidik khususnya di UTM. Perkongsian ini telah dibuat oleh Puan Sharifah Radhiah binti Syed Azman, Pustakawan Kanan yang juga merupakan Knowledge Management Officer (KMO) MJIIT.

Program ini memberi penekanan terhadap kepentingan proses penyelidikan dalam perkembangan dunia akademik dan bagaimana perpustakaan boleh memainkan peranannya yang signifikan di dalam menyokong usaha tersebut. Melalui program ini, pihak PSZKL memberi pendedahan kepada warga akademik MJIIT bahawa ia telah menyediakan platform untuk pelbagai sumber rujukan, pangkalan data dan alat penyelidikan yang boleh diakses oleh para penyelidik dan juga mahasiswa. Ini termasuk akses kepada jurnal-jurnal ilmiah, buku elektronik dan artikel-artikel jurnal yang relevan dalam bidang penyelidikan di MJIIT.


Terdapat cadangan daripada staf akademik agar pihak pengurusan menyemak semula peranan pelajar pascasiswazah sebagai corresponding author dalam artikel penyelidikan. Mereka berpendapat bahawa tanggungjawab besar yang dipikul oleh corresponding author, memerlukan tahap pengalaman dan kemahiran yang lebih tinggi. Tugas ini bukan sahaja memerlukan ketelitian tetapi juga kebolehan untuk mengurus proses penerbitan dengan berkesan yang mungkin terlalu mencabar bagi pelajar pascasiswazah.

Oleh itu, cadangan tersebut menekankan bahawa peranan corresponding author seharusnya dipegang oleh staf akademik atau penyelidik yang lebih berpengalaman, manakala pelajar pascasiswazah boleh memainkan peranan yang lebih sesuai dalam proses penyelidikan dan penerbitan. Langkah ini diharapkan dapat memastikan proses penerbitan artikel lebih teratur dan mengelakkan tekanan yang tidak wajar terhadap pelajar yang masih dalam proses pembelajaran dan latihan penyelidikan.


Secara keseluruhannya, sesi Library Engagement ini berjaya mencapai objektifnya dengan memberikan pendedahan mendalam dan praktikal kepada para staf di MJIIT, sekaligus menyumbang kepada peningkatan integriti akademik dan kapasiti penyelidikan yang lebih kukuh dalam kalangan warga UTM.

Share this :