Jabatan Perpustakaan UTM telah berjaya menyumbangkan sebanyak 100 naskhah bahan bacaan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tamparuli, Sabah menerusi Program Kembara Alumni UTM Kinabalu 2024: Jalinan Ukhuwah dan Semangat Kebersamaan yang telah dijalankan pada 6 hingga 9 September 2024 yang dianjurkan oleh Alumni UTM.

Penyerahan sumbangan bahan bacaan telah disempurnakan oleh Naib Canselor UTM, YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail kepada wakil Pengetua SMK Tamparuli pada 7 September 2024. Inisiatif ini adalah bertujuan menyokong pembudayaan membaca dalam kalangan warga sekolah selain mempelbagaikan genre bahan bacaan yang sedia ada di perpustakaan seperti kata pepatah “Membaca Adalah Jambatan Ilmu”.

Seterusnya, antara bahan bacaan yang disumbangkan adalah seperti buku rujukan akademik, buku saintifik dan bacaan motivasi yang bersesuaian dengan pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat umur pelajar di sekolah tersebut. Semoga bahan bacaan ini memberi manfaat kepada semua dan seterusnya ilmu yang diperolehi dapat melahirkan pelajar berfikiran kreatif dan kritis.

Share this :