20 Disember 2024, Jumaat – Latihan Pengungsian Bangunan bagi Perpustakaan UTMKL (Zon 1 Kampus UTMKL) telah dilaksanakan dengan jayanya di mana latihan ini diselaraskan oleh Seksyen Keselamatan bersama dengan pihak Organisasi Keselamatan dan Kebakaran (OKK) Perpustakaan, serta dibantu oleh Bahagian Pengurusan Aset (BPA) dan Pusat Kesihatan Universiti (PKU).

Latihan ini bertujuan untuk memastikan kesiapsiagaan semua warga kampus khususnya staf Perpustakaan Sultanah Zanariah Kuala Lumpur (PSZKL) dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan berada pada tahap yang optimum serta memastikan elemen keselamatan di tempat kerja dan ruang pembelajaran di perpustakaan sentiasa berada dalam keadaan baik. Selain itu, latihan ini juga bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan berkaitan prosedur pengungsian, memperkukuh kerjasama antara semua pihak yang terlibat dan memupuk kesedaran keselamatan yang lebih baik berbanding sebelumnya.

Turut diadakan aktiviti demonstrasi memadam kebakaran dengan menggunakan alat pemadam api (fire extinguisher) dan tuala basah yang telah dikendalikan oleh Seksyen Keselamatan. Aktiviti ini memberikan pengalaman praktikal kepada semua peserta dalam menangani kebakaran kecil dengan cara yang betul dan selamat.

Tahniah diucapkan kepada staf PTJ Zon 1, para pelajar, serta semua pihak yang terlibat atas kerjasama yang baik dan komitmen yang cemerlang dalam menjayakan latihan tersebut.

Share this :