Perpustakaan UTM Kuala Lumpur telah menerima kunjungan istimewa daripada Universitas Pasir Pengaraian pada 18 November 2024. Kunjungan tersebut melibatkan seramai 36 orang mahasiswa. Dalam lawatan tersebut, para pelajar telah diberikan taklimat ringkas oleh Puan Noor Ayesha Mohd Ezanee selaku Pustakawan Kanan yang bertugas.

Taklimat tersebut merangkumi penerangan mengenai pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan, antaranya koleksi bahan bacaan dan rujukan bagi keperluan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan, ruang belajar yang kondusif bagi keselesaan pengguna termasuklah bilik-bilik belajar atau lebih dikenali sebagai Bilik Karel, bilik perbincangan tertutup sekiranya pengguna memerlukan suasana yang privasi bagi sesi perbincangan mereka dan juga ruang galeri yang menumpukan kepada pameran artifak milik UTM yang dapat memberi gambaran kepada pelawat mengenai sejarah perkembangan UTM itu sendiri.

Pihak perpustakaan  berharap lawatan ini memberikan manfaat yang besar kepada para pelawat di samping dapat menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan pengurusan perpustakaan. Semoga pengalaman ini bukan sahaja memberi inspirasi tetapi juga menjadi kenangan yang bermakna bagi semua peserta.

Share this :