Jabatan Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia (JPUTM) telah menerima kunjungan hormat daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Selatan pada Selasa, 9 Disember 2025. Kunjungan ini diketuai oleh Pengarah DBP Wilayah Selatan, Dr. Syaidul Azam bin Kamarudin, bersama Puan Rosalina binti Awang dan Encik Muhammad Faisal bin Suhailin. Delegasi DBP Wilayah Selatan telah disambut mesra oleh Ketua Pustakawan JPUTM, Puan Khairulbahiyah binti Yaakub, serta barisan pengurusan bahagian perkhidmatan.

Sepanjang sesi kunjungan, kedua-dua pihak telah mengadakan perbincangan yang konstruktif merangkumi potensi kerjasama dalam bidang pembangunan bahan braille, penganjuran program wacana ilmu dan pemerkasaan bahasa kebangsaan dalam persekitaran universiti yang bertujuan untuk memupuk usaha memperkukuh kerjasama strategik bagi memartabatkan ilmu dan bahasa kebangsaan di peringkat institusi pengajian tinggi.
Selain itu, pertukaran pandangan ini dilihat mampu memperluas jaringan kerjasama institusi, sekali gus menyokong usaha mempertingkatkan literasi maklumat dan kesedaran terhadap penggunaan bahasa Melayu yang berkesan dalam kalangan warga universiti dan masyarakat umum.

Secara keseluruhannya, kunjungan hormat ini bukan sahaja memperkukuh hubungan dua hala antara JPUTM dan DBP Wilayah Selatan, malah menjadi pemangkin kepada pelaksanaan program berimpak tinggi yang menyumbang kepada pembangunan ilmu dan pemerkasaan bahasa kebangsaan secara berterusan.

Secara keseluruhan, pihak JPUTM amat berbesar hati menerima kunjungan ini dan berharap agar platform sinergi yang terjalin dapat diteruskan serta diperkukuh demi manfaat bersama pada masa akan datang sekaligus menghidupkan ranah ilmu yang sememangnya perlu digilap agar mekar mewarnai serta terus memancarkan cahaya keilmuan.