Program Khidmat Masyarakat anjuran Jabatan Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia (JPUTM) bersama Prof. Dr. Maketab Mohamed, dengan kerjasama Persatuan Pustakawan Malaysia Kumpulan Selatan serta Persatuan Sahabat Jariah Malaysia, telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Teris, Kuala Berang, Terengganu pada 2 Oktober 2025.
Program tersebut turut menyaksikan penyerahan 25 naskhah bahan bacaan berkaitan alam sekitar yang telah disumbangkan oleh Pengerusi Persatuan Sahabat Jariah Malaysia, Dr. Maketab Mohamed, kepada wakil pihak sekolah.

Antara matlamat program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran serta memupuk tanggungjawab terhadap pemeliharaan dan kelestarian alam sekitar dalam kalangan warga sekolah selain menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan pelajar sekolah.

Semoga usaha murni ini sedikit sebanyak memberi impak positif dalam memperluas akses ilmu pengetahuan berkaitan alam sekitar kepada komuniti luar bandar serta menyemai kesedaran awal tentang kepentingan pemeliharaan alam sekitar dalam kalangan generasi muda.


Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai usaha berterusan dalam menyemai kesedaran alam sekitar serta menyokong pembangunan komuniti yang lestari.