Sebanyak 300 naskhah bahan bacaan yang merangkumi bacaan umum, novel, buku motivasi, fiksyen dan majalah telah disumbangkan oleh Jabatan Perpustakaan UTM dengan kerjasama Persatuan Pustakawan Malaysia Kumpulan Selatan (PPMKS) pada 2 Mac 2026, Isnin di Ruang Lestari, Bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah, UTM Johor Bahru kepada Pusat Sumber Za’ba, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Majidi Baru 2.

Penyerahan sumbangan bahan bacaan tersebut telah disempurnakan oleh Puan Zafarina Dol, Timbalan Ketua Bahagian Perkhidmatan dengan diiringi oleh Puan Liza Porijo, Ketua Seksyen Perkhidmatan Maklumat kepada Puan Noratiqah Binti Omar, Guru Perpustakaan dan Media, SMK Majidi Baru 2.

Diharapkan sumbangan bahan bacaan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga sekolah serta menjadi pemangkin kepada budaya membaca dan pencarian ilmu dalam kalangan pelajar dan seterusnya menyokong usaha melahirkan pelajar yang berilmu, berdaya saing serta berfikiran kreatif.
Author : Nur Farah Shahzaliana binti Mohamed