JOHOR BAHRU, 23 Julai – Program Read & Relax yang dianjurkan oleh Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia sinergi bersama UTM Post Graduate Student Society (UTM PGSS) pada 23 Julai 2026 (Khamis), jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari yang disiarkan secara eksklusif melalui Facebook dan Youtube Jabatan Perpustakaan UTM. Barisan panel terdiri daripada Saudara Mohamad Suhaimi bin Samad, Pelajar PhD, Fakulti Sosial Sains dan Kemanusian dan Saudari Cik Nur Afiqah binti Ismail, Pelajar PhD, Fakulti Alam Bina dan Ukur. Manakala moderator program ialah Cik Wan Nurathirah Binti Wan Ahmad, Pelajar PhD, Fakulti Alam Bina dan Ukur.

Panel pertama, Saudara Mohamad Suhaimi bin Samad telah memilih buku bertajuk Susahnya Hidup Dengan Manusia. Antara intipati kandungan buku ialah menekankan kepentingan memahami tingkah laku manusia sebelum membuat penilaian terhadap seseorang. Menurut panel, penulis menjelaskan bahawa setiap individu dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti latar belakang keluarga, pengalaman hidup dan trauma yang membentuk personaliti mereka. Oleh itu, seseorang perlu mengawal reaksi sendiri berbanding cuba mengubah tingkah laku orang lain. Buku ini turut memperkenalkan strategi mengurus hubungan dengan individu yang sukar, termasuk menetapkan sempadan yang sihat, berkomunikasi secara asertif dan mengutamakan kesejahteraan emosi.

Panel pertama, Encik Mohamad Suhaimi bin Samad telah memilih buku bertajuk Susahnya Hidup Dengan Manusia menekankan kepentingan memahami tingkah laku manusia sebelum membuat penilaian terhadap seseorang. Penulis menjelaskan bahawa setiap individu dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti latar belakang keluarga, pengalaman hidup dan trauma yang membentuk personaliti mereka. Oleh itu, seseorang perlu mengawal reaksi sendiri berbanding cuba mengubah tingkah laku orang lain. Buku ini turut memperkenalkan strategi mengurus hubungan dengan individu yang sukar, termasuk menetapkan sempadan yang sihat, berkomunikasi secara asertif dan mengutamakan kesejahteraan emosi.

Seterusnya panel kedua, Saudari Cik Nur Afiqah binti Ismail memilih buku berjudul The Power of Your Subconscious Mind. Buku ini menghuraikan bagaimana pemikiran, kepercayaan dan minda separa sedar mempengaruhi tingkah laku serta kejayaan seseorang. Menurut panel, penulis Joseph menegaskan bahawa pemikiran yang positif dan konstruktif mampu membentuk tindakan yang lebih baik dan membantu seseorang mencapai matlamat hidup. Dari perspektif Islam, konsep ini dikaitkan dengan husnuzon terhadap Allah SWT, usaha yang berterusan serta tawakal. Buku ini juga menggalakkan individu memberi tumpuan kepada penyelesaian berbanding masalah agar dapat membina keyakinan diri dan meningkatkan kualiti kehidupan.

Perbincangan turut menyentuh kepentingan kecerdasan emosi dalam menghadapi cabaran kehidupan. Kedua-dua panel bersetuju bahawa seseorang perlu belajar mengatakan “tidak” secara berhemah, mengelakkan hubungan yang toksik serta menjaga kesihatan emosi tanpa mengabaikan sikap empati terhadap orang lain. Mereka menegaskan bahawa memahami latar belakang seseorang tidak bermaksud menerima semua tingkah laku negatif, sebaliknya membantu kita bertindak dengan lebih bijaksana dan profesional. Dalam masa yang sama, perubahan diri perlu bermula daripada perubahan cara berfikir dan sikap sendiri.
