Satu program Bicara Karya bertajuk “Aku Menyelam Untuk Hidup” telah diadakan secara langsung menerusi Facebook Perpustakaan UTM Kuala Lumpur pada 7 Oktober 2021, Perpustakaan UTM Kuala Lumpur. Program menampilkan panel yang juga penulis buku iaitu Tuan Jamaludin Ahmad Tinggal manakala moderator ialah Dr. Rahayu Tasnim dari Malaysian-Japan International Institute of Technology (MJIIT).

Buku “Aku Menyelam Untuk Hidup dari Bukit Aman ke Pelantar Minyak” adalah buku aktiviti menyelam pertama di Malaysia dan merupakan sebuah karya yang mengisahkan tentang pengalaman hidup Tuan Jamal sebagai penyelam komersial yang bertaraf profesional. Beliau juga dikenali dengan nama panggilan Mr. Black Water yang terinspirasi daripada nama kumpulan tentera upahan di dunia selain sering melakukan aktiviti menyelam pada waktu malam.

Pelbagai tips turut diberikan kepada penyelam yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti ini. Beliau menerapkan penulisan yang positif dalam karya tersebut untuk memberi semangat dan aura positif kepada pembacanya. Sebelum mengakhiri perkongsian ini, beliau menitipkan nasihat kepada penyelam baharu dan lama untuk kekal positif, teruskan impian tanpa menoleh ke belakang dan jangan jemu untuk mencari ilmu. Insya-Allah pasti berjaya.

 

Share this :