Kelab Keluarga Staf Perpustakaan UTM dan Jabatan Perpustakaan UTM telah menganjurkan Karnival Sukan Piala Ketua Pustakawan pada 25 November hingga 4 Disember 2021. Lima acara sukan telah dipertandingkan iaitu bola jaring, badminton, carom, bowling dan futsal melibatkan Bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) dan Bangunan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah (PRZS).

Acara sukan bola jaring yang dipertandingkan pada hari Khamis, 25 November 2021 bertempat di Sport Hall 2, Kolej Tun Fatimah, UTM JB telah dimenangi oleh pasukan PSZ. Manakala pertandingan futsal bagi kategori lelaki pula telah diadakan di Daiman Sri Skudai Sports Centre, Court 1 pada 26 November 2021 dan  dimenangi oleh pasukan PRZS.

Pertandingan bowling kategori campuran juga telah diadakan dan diwakili oleh 3 pasukan daripada setiap bangunan pada 4 Disember 2021 di Plaza Angsana, Johor Bahru dan dimenangi oleh pasukan PSZ.

Acara badminton turut dipertandingkan dan telah diadakan di Eco Sports World, Pekan Nanas, Johor Bahru pada 3 Disember 2021. Kategori yang dipertandingkan adalah single lelaki dan double lelaki. Acara double lelaki telah dimenangi oleh pasukan PSZ manakala acara double perempuan pula dimenangi oleh pasukan PRZS.

Karnival Sukan Piala Ketua Pustakawan diakhiri dengan acara karom, yang diwakili oleh 3 pasukan daripada setiap bangunan dengan jumlah peserta seramai 12 orang. Pertandingan karom telah dimenangi oleh pasukan PSZ dan sekaligus dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi Karnival Sukan Piala Ketua Pustakawan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemain!

Share this :