Perpustakaan UTM telah melalui Audit Pematuhan ke-2 ISO 9001:2015 pada 22 – 23 Disember 2021 yang diketuai oleh Puan Siti Rahmah binti Ahmad bersama Puan Mariam binti Mohamed Zin dari SIRIM QAS International Sdn. Bhd. Ianya merupakan kali kedua dilaksanakan secara maya berikutan pandemik COVID-19 yang melanda negara yang menuntut norma baharu dalam kaedah bekerja.

Skop pensijilan merangkumi `Provision of Library Services’ yang melibatkan tiga puluh dua (32) prosedur aktiviti dan tujuh (7) prosedur dalam kawalan Wakil Pengurusan, Jabatan Perpustakaan UTM. Audit kali ini adalah di bawah tanggungjawab Ketua Pustakawan baharu, Puan Nor Asikin Mohamad merangkap Pengarah Kualiti, Wakil Pengurusan serta Ketua Juruaudit Dalam baharu yang dilantik iaitu Puan Kamariah Mohamed Jong dan Puan Haslina Nasir.

Laporan Audit Pematuhan kali ini juga tidak mencatatkan sebarang ketidakakuran (Non-Conformance Report (NCR)) dan Opportunity for Improvement (OFI). Syabas dan tahniah kepada perpustakaan.

Seterusnya, perpustakaan akan berdepan dengan cabaran dan persediaan untuk Audit Pensijilan Semula (Recertification Audit) pada tahun 2022 setelah 24 tahun mengamalkan Sistem Pengurusan Kualiti sejak tahun 1998 berdasarkan skop piawaian yang ditetapkan.

Jabatan Perpustakaan UTM berusaha menerapkan budaya kualiti berterusan dan penyampaian perkhidmatan berkualiti tinggi dalam organisasi untuk terus kekal cemerlang. Kejayaan yang dicapai adalah hasil kerjasama serta komitmen tinggi yang diberikan oleh Pengurusan Tinggi Perpustakaan, pustakawan serta semua staf perpustakaan umumnya.

 

Share this :