Slot perkongsian ilmu ke empat pada Hari Sambutan Wanita tahun 2022 adalah bertajuk Wanita..Sayangi Dirimu telah diadakan pada jam 2.00 petang secara dalam talian menerusi platform Facebook Perpustakaan dan Youtube UTM. Panel jemputan ialah Dr Noratikah Abdul Razak, Pegawai Perubatan, Pusat Kesihatan UTM Johor Bahru manakala moderator ialah Pn Syaza Soraya Sauli, Pelajar PhD. FSSH UTM Johor Bahru. Seperti kita sedia maklum, wanita memainkan peranan yang sangat penting dalam masyarakat hatta wanita itu hanyalah seorang suri rumah tangga. Oleh yang demikian, wanita haruslah lebih cakna menjaga kesihatan diri supaya boleh mencapai tahap kesihatan yang optimum.
Di awal program Dr Nor Atikah berkongsi tentang Report Card Kesihatan Wanita Malaysia bagi makluman semua penonton. Berikut merupakan data-data yang telah dikongsikan oleh beliau;
- 3% wanita menghidapi darah tinggi
- 3% wanita menghidapi diabetes
- 6% obese
- 3% wanita mempunyai berat berlebihan
- 1 daripada 3 wanita tidak aktif
- 4% wanita merokok
- 1 dalam 2 atau 52.2% wanita menghidapi penyakit kolestrol tinggi
- hanya 11.5% atau 1 dlm 8 wanita makan sayur-sayuran dan buah-buahan mencukupi
- kanser tertinggi adalah kanser payudara
- 3 orang dalam 100,000 populasi diikuti kanser kolorektal & pangkal rahim
Selain berkongsi tentang tahap kesihatan Wanita di Malaysia ini, Dr Nor Atikah juga turut berkongsi tentang beberapa penyakit yang sering dihidapi oleh golongan wanita di Malaysia. Antaranya adalah penyakit kencing manis (Diabetes). Terdapat dua jenis keadaan bagi pesakit yang menghidap penyakit kencing manis iaitu ;
- Diabetes : panggilan ini adalah khas untuk wanita yang tidak mengandung
- Gestational Diabetes Melitus (GDM) : jika wanita tersebut mengandung dan mengalami kencing manis – kebiasaanya wanita mengandung tersebut mempunyai risiko tinggi untuk mendapat tahap 2 kencing manis
Oleh itu, bagi wanita-wanita yang merancang untuk mempunyai bayi, disarankan berjumpa doktor bagi mengoptimumkan kesihatan ibu sebelum mengandung. Penyakit kencing manis ini boleh dikesan dengan membuat pemeriksaan ujian darah. Tidak perlu menunggu sehingga anda mendapat gejala diabetes untuk mengetahui diabetes.
Marcapada ini, pemeriksaan gula boleh dilakukan di klinik-klinik kesihatan dan farmasi ; seseorang dikatakan menghidap diabetes apabila paras gula dalam darahnya melebihi 7.0 mmol/L (ketika berpuasa) atau 11.1 mmol/L (ketika tidak berpuasa). Namun kebanyakan gejala diabetes hanya berlaku apabila paras gula dalam darah melebihi 15mmol/L. Berikut merupakan tanda-tanda & gejala penyakit kencing manis:
- Kerap buang air kecil (polyuria)
- Kerap dahaga (polydipsia)
- Kerap lapar (polychagia)
- Urin mengandungi paras gula yang tinggi (glycosuria)
- Berat badan turun mendadak
- Cepat penat & lemah sepanjang masa
- Penglihatan kabur
- Rasa kebas pada hujung saraf di telapak tangan dan kaki
- Luka lambat sembuh
- Mudah terkena jangkitan kuman terutama pada kulit
Selain penyakit kencing manis ini, panel jemputan turut menyentuh tentang penyakit yang acap kali didengari dalam kalangan masyarat Malaysia. Penyakit tersebut adalah Hypertensi (Darah Tinggi). Kajian mendapati 50% daripada pesakit tidak mengetahui mereka menghidapi penyakit hipertensi. Oleh yang demikian, wanita-wanita digalakkan untuk membuat saringan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali. Zaman moden kini, mesin untuk memantau tekanan darah juga boleh dibeli sendiri untuk kegunaan di rumah masing-masing. Berikut merupakan panduan cara membaca tekanan darah ;
Bacaan Darah | Systolic (mmhg)
*bacaan atas |
Diastolic (mmhg)
*bacaan bawah |
optimal | < 120 | <80 |
normal | 120-129 | 80- 84 |
at risk (paras berjaga-jaga) | 130-139 | 85-89 |
hypertension (mild) | 140-159 | 90-99 |
Hypertension (moderate) | 16-179 | 100-109 |
Hypertension (severe) | >180 | >110 |
Isolated systolic hypertension | >140 | <90 |
Seterusnya, Dr Nor Atikah turut berkongsi keratan akbar Kosmo yang menyatakan bahawa 6.9 juta Wanita Malaysia gemuk. Oleh hal yang demikian, anda boleh menilai status berat badan dengan pengiraan Indeks Jisim Tubuh (BMI). BMI menentukan sama ada anda mampunyai risiko yang tinggi atau rendah dalam mengalami masalah kesihatan. BMI adalah formula untuk menilai berat badan berbanding dengan tinggi anda. Ia dikira dengan menggunakan formula berikut ;
Jika BMI anda adalah ; | |
18.5 atau kurang | kekurangan berat badan |
18.5 – 24.9 | Normal |
25 – 30 | Berlebihan berat badan |
30 atau lebih | Obes |
Berat badan berlebihan dan obes boleh meningkatkan risiko kanser berikut;
- Usus besar
- Perut
- Buanh pinggang
- Payudara
- Hati
- Esofagus
- Ovari
- Tiroid
- Pundi hempedu
- Rahim
- Pancreas
- Meningioma (otak)
- Multiple myeloma (darah)
Berikut merupakan tips penurunan berat badan yang turut dikongsikan oleh panel jemputan ;
- Lakukan aktiviti fizikal selama 30-60 minit sehari
- Tetapkan corak pemakanan yang seimbang iaitu suku-suku separuh (suku – protein, suku – karbohidrat & separuh – buah-buahan dan sayur – sayuran)
- Berhenti sebelum kenyang dan hadkan pengambilan kalori
- Kurangkan pengambilan makanan segera, makan ringan, berlemak, manis dan garam
- Lebihkan pengambilan buah, sayur dan serat
Kementerian Kesihatan (KKM) menerbitkan Panduan Diet Malaysia dan Piramid Makanan Malaysia bagi 2020 hasil semakan semula Panduan Diet dan Piramid Makanan terbitan 1999 dan 2010 selepas mengambil kira perubahan status dan corak pemakanan penduduk di negara ini. Berikut merupakan Piramid Makanan Malaysia 2020 (yang terkini);
Disamping penyakit-penyakit yang telah dikongsikan oleh panel jemputan, kanser serviks juga turut didedahkan kepada penonton khususnya wanita kerana kanser serviks merupakan kanser ketiga paling kerap dikesan dalam kalangan wanita di Malaysia. Kadar kejadian adalah 6 kes bagi setiap populasi 100, 000. Faktor risiko kanser serviks adalah :
- Jangkitan HPV
- Mengamalkan seks bebas
- Hubungan seksual terlalu awal (sebelum umur 18 tahun)
- Sejarah keluarga / keturunan
- Merokok
Berikut merupakan langkah-langkah pencegahan Kaser Serviks :
- Dapatkan vaksin HPV
- Elekkan aktiviti seks bebas
- Lakukan ujian pap smear setahun sekali secara berkala
- Berhenti merokok