Pada 7 April 2022 yang lalu, Perpustakaan UTM telah mengadakan program Sesi Read & Relax Siri 5 yang bersiaran secara langsung melalui aplikasi Facebook Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dan Youtube UTM Library. Program pada kali ini telah menjemput Prof. Dr. Nor Haniza Sarmin, Associate Director (Global Strategy and Engagement), UTM International President, UTM Toastmasters Club (UTM TMC) selaku moderator dan panel yang terdiri daripada ahli UTM TMC iaitu Cik Maizatul Nadwa Che Aziz, Doctor of Philosophy (Biomedical Engineering), Faculty of Engineering UTM dan Encik Abdulmumini Inda, Doctor of Philosophy (Curriculum and Instruction), Faculty of Social Sciences and Humanities UTM.
Panel pertama, Encik Abdulmumini Inda telah mengulas sebuah buku bertajuk Show and Tell. Ada di antara kita menghadapi kesukaran dalam melakukan pembentangan sama ada dalam pertemuan seorang individu dengan seorang individu, di bilik persidangan yang dihadiri oleh ramai orang yang tidak dikenali, atau dewan kuliah di hadapan ribuan penonton. Tetapi menurut penulis Dan Roam, pembentangan itu adalah tidak terlalu sukar. Kita bergelut dengan ketidakyakinan dan ketakutan apabila kita melupakan langkah asas yang kita pelajari di tadika iaitu tunjukkan dan beritahu. Dalam buku yang pendek tetapi sangat bermotivasi ini, Dan Roam memperkenalkan satu set cara baharu untuk membuat pembentangan yang luar biasa dalam sebarang suasana. Dia juga menggunakan idea yang telah diasah selama lebih daripada dua dekad, sebagai penyampai (presenter).
Menurut pengulas buku ini turut berkongsi tiga peraturan asas ketika menjadi seorang pembentang. Pertama, berhubung dengan penonton kerana keyakinan diri akan dapat dibina secara tidak langsung. Kedua, menyampaikan maklumat dengan jelas dan melibatkan penonton semasa proses penyampaian maklumatkan dijalankan. Akhir sekali, menggunakan gambar untuk membantu menyampaikan maklumat supaya kekal fokus. If you want to tell a truth, tell it with a story and use a picture.
Panel kedua, Cik Maizatul Nadwa Che Aziz memilih untuk mengulas buku yang bertajuk The 100 Simple Secrets of Healthy People yang ditulis oleh David Niven. Buku ini mengandungi beberapa bab termasuk tips kecergasan, tips untuk mempunyai jangka hayat panjang dan tips untuk mempunyai emosi yang sihat. Terdapat beberapa bab menarik yang dikongsikan oleh penulis menerusi bahan bacaan ini. Pertama adalah bab mengenai tidur yang cukup dan berkualiti. Tidur diibaratkan sebagai fuel power system yang sangat penting kepada kita. Tubuh badan kita memerlukan tidur yang cukup sekurang-kurangnya 8 jam sehari untuk menggalakkan badan kita supaya kekal bertenaga untuk menjalani aktiviti-aktiviti pada keesokan hari. Kajian mendapati 40% golongan dewasa kekurangan tidur yang mencukupi. Tidur yang cukup boleh membantu dalam pemulihan imunisasi badan kita.
Selain itu, pengulas turut berkongsi tentang manfaat menggunakan tangga dalam kehidupan seharian. Hal ini kerana, menaiki tangga boleh mambantu menaikkan tahap kecergasaan badan. Penggunaan tangga itu merupakan salah satu bentuk latihan tanpa kita sedari. Antara kata-kata yang menarik hati pengulas pada buku ini ialah fitness is free, tomato a day is even better, eat less but eat often dan juga exercise is important. Akhir sekali, panel menegaskan kesihatan adalah sesuatu perkara yang perlu kita titik beratkan.