Pada 26 April 2022 (Selasa), Bicara Pengurusan siri 2/2022: Let’s Catch Up & Update from UTM Library Kuala Lumpur disampaikan oleh  Puan Nik Masriza Zakaria, Timbalan Ketua Pustakawan, Perpustakaan UTMKL telah diadakan secara dalam talian melalui platform Webex. Taklimat dimulakan dengan pengenalan kepada peranan perpustakaan dalam mengharungi fasa endemik untuk terus berdaya saing supaya kekal relevan.

Dalam penyampaian perkhidmatan, UTM KL Services diwujudkan dan penubuhan Read Cafe@UTMKL juga terus dipergiat kerana ianya seiring bagi menyokong nilai tambah perkhidmatan di UTM KL. Peranan perpustakaan dalam sokongan penyelidikan juga ditekankan dalam menyalurkan maklumat kepada komuniti. Perpustakaan UTM KL juga terlibat dalam menganjurkan program sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun UTM. Antara aktiviti yang dilaksanakan dan dirancang adalah seperti Pelancaran Buku Sedekad Transformasi UTM Kuala Lumpur (2010-2020) yang telah berlangsung pada 16 Mac 2022. Seterusnya Pameran 50 Tahun UTM: Transformasi UTMKL, Sesi rakaman video sempena Pameran 50 Tahun UTM dan Program Bicara Inspirasi Bersama Tokoh UTM. UTMKL Envision 2020-2025 juga ada melibatkan Perpustakaan dimana 14 keseluruhan inisiatif yang perlu dilaksanakan oleh Perpustakaan UTM Kuala Lumpur pada tahun 2022 ini. Pencapaian KAI telah dilaporkan di dashboard yang telah disediakan.


Seterusnya, bagi usaha penyelidikan dan penerbitan, ianya melibatkan empat projek penulisan. Projek penulisan yang pertama ialah Dokumentasi : Refleksi Kepimpinan Sebuah Pusat Kecemerlangan di UTM Business & Advanced Technology Centre (BATC), kedua; Kerjasama Spin Off Company UTM bagi penghasilan penerbitan melalui Geran Penyelidikan, ketiga ialah Sinergi penghasilan penerbitan 10 Tahun Kejayaan MJIIT (2011-2021) dan yang keempat Penulisan Rencana Kumpulan Fokus Khas Kejuruteraan & Seni bina yang bertajuk Perpustakaan UTM di MJIIT.

5 Big Things 2025 merupakan agenda utama yang perlu di ketengahkan dan diaplikasikan. Antara usaha yang telah dilaksanakan di Perpustakaan UTMKL bagi “Memperkukuhkan Kolaborasi Komuniti/Industri” adalah dengan mengadakan MOU Bersama Malay Agricultural Settlemet (M.A.S) Kampong Bharu dan Sinergi Bersama Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB).


Turut dikongsikan ialah penglibatan staf UTM Kuala Lumpur dalam aktiviti sukarelawan, pengurusan kualiti yang melibatkan Audit Akreditasi, Audit OSHE, Audit Inspektorat rekod, Latihan Standard People Practice (SPP) dan kelestarian. Selain itu penerangan ringkas mengenai pencapaian Program budaya ilmu melibatkan sinergi bersama pelajar, staf UTM dan komuniti luar serta pembentangan Program Pendidikan Pengguna merangkumi kesemua fakulti yang ada di UTM Kuala Lumpur iaitu Faculty Technology Informatics Razak (FTIR), Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT) dan UTMSPACE.


Sebelum mengakhiri perkongsian Pn Nik Masriza menitipkan kata-kata nasihat iaitu kesihatan adalah tunggak utama dalam apa jua situasi, jadi amalkan gaya hidup yang sihat untuk kesejahteraan bersama. Semoga kesemua perkara yang dijelaskan dalam siri ini menjadi titik permulaan untuk Perpustakaan Kuala Lumpur terus mengorak langkah kehadapan dalam memperkasakan fungsinya.

Share this :