Pada 4 Julai 2022 telah berlangsungnya program K-Sharing anjuran Perpustakaan UTM Johor Bahru yang bersiaran secara langsung di Facebook Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia. Panel jemputan pada program kali ini adalah Puan Nuraishah Shamsuddin yang merupakan pengusaha dan pengurus kebun urai yang mengamalkan konsep pomoculture iaitu mengamalkan konsep organik dalam pertanian. Puan Nuraishah Shamsuddin berasal dari Teluk Intan. Sebelum menjadi petani moden, beliau adalah merupakan seorang Pereka Grafik. Tidak lokek dengan ilmu dan tips berguna dalam bidang pertanian. Posting di akaun Instagram nya iaitu @nuraishahshamsuddin telah memberikan aspirasi kepada ramai pihak. Selain itu beliau juga menjalankan perniagaan atas talian di Platform Shoppee yang dikenali dengan Kebun Urai.

Bermula dengan minat yang mendalam walaupun beliau belajar dalam bidang berbeza, kebun urai beliau menghasilkan baja kompos dimana baja tersebut digunakan untuk tanaman dan hasil tanaman tersebut merupakan 100% organik tanpa bahan kimia mahupun baja ataupun racun. Hasil tanaman dimakan sendiri serta dikongsi bersama rakan-rakan dan jiran tetangga. Sisa-sisa yang terhasil daripada hasil tanaman tersebut akan di kompos semula. Idea bercucuk tanam ini tercetus sejak PKP dimana pada ketika itu, beliau masih lagi seorang fresh graduate yang mencari pekerjaan. Aktiviti bercucuk tanam ini bermula apabila Puan Nuraishah pulang ke kampung semasa pandemik covid-19 melanda. Jadi beliau memanfaatkan masa yang beliau ada untuk berkebun kerana aktiviti berkebun merupakan aktiviti yang dibenarkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sepanjang PKP tersebut, beliau banyak belajar cara bercucuk tanam dan belajar cara membuat kompos. Youtube dan Google serta sosial media merupakan platform yang  paling banyak digunakan oleh Puan Nuraishah untuk mendalami ilmu bercucuk tanam. Baliau turut mendapatkan ilmu pengetahuan daripada perkongsian daripada petani-petani di luar kerana orang yang mengamalkan pertanian yang berkonsepkan organik di Malaysia tidak ramai. Seterusnya, ilmu-ilmu yang dipelajari oleh beliau akan dikongsi kepada orang lain juga. Aktiviti bercucuk tanam ini lebih fokus kepada pembelajaran daripada hasil.

Menurut Puan Nuraishah, beliau lebih banyak menggunakan varian kompos dan juga bahan-bahan kompos yang lain. Varian kompos yang menjadi pilihan utama beliau adalah baja kompos yang diperbuat menggunakan cacing. Cacing merupakan agen utama yang meleraikan varian kompos tersebut. Sebelum memulakan aktiviti bercucuk tanam, beliau akan mengumpulkan cacing-cacing tersebut untuk menghasilkan baja kompos. Seperti kita sedia maklum, sisa dapur terdiri daripada sisa dapur yang kering serta basah. Baja kompos juga ada banyak jenis dan kegunaan. Bagi menghasilkan baja kompos daripada sisa dapur, kita perlu ambil daripada sisa dapur yang kita ada dan kita juga perlu tahu apa yang kita nak buat dengan baja kompos tersebut. Beliau turut berkongsi kebaikan-kebaikan baja kompos antaranya adalah baja kompos sangat jimat sebab penghasilan baja tersebut menggunakan bahan sedia ada. Selain itu, baja kompos ini selamat digunakan kerana baja kompos itu diperbuat daripada bahan-bahan organik yang tidak merosakkan alam sekitar. Terdapat dua cabaran utama yang dikongsikan oleh Puan Nuraishah bagi menghasilkan baja kompos. Cabaran pertama adalah masa. Cacing walaupun makan bahan sisa, tapi ia tidak makan bahan sisa yang dihasilkan oleh dirinya sendiri. Oleh itu, proses tuaian harus dilakukan dengan cepat apabila proses penguraian baja telah selesai. Cabaran kedua yang dihadapi oleh beliau adalah makluk perosak seperti ulat dan serangga.

Antara seminar yang pernah beliau sertai dalam penghasilan baja kompos adalah seminar anjuran universiti, PETRONAS, SUHAKAM, NGO dan lain-lain. Menurutnya lagi, seminar berkonsepkan pendidikan lebih menjadi pilihan beliau kerana seminar tersebut lebih fokus kepada pendidikan bukan semata hasil daripada aktiviti bercucuk tanam tersebut berbanding dengan seminar yang berkonsepkan pertanian yang lebih fokus kepada hasil daripada aktiviti penanaman. Puan Nuraishah juga turut memberikan nasihat dan tips terutama kepada belia yang mahu berjinak-jinak dalam bidang pertanian. Antaranya adalah  perlu ada minat yang mendalam untuk menceburi bidang pertanian, perlu tahu tujuan kita bekerja untuk apa, jangan malu untuk bertanya sekiranya ada masalah, jangan ikot trend dan akhir sekali perlu tahu apa kehendak orang ramai.

Selain itu, Puan Nuraishah juga turut berkongsi tips bagi memulihkan tanah yang tidak subur. Menurutnya, jangan guna racun, baja dan semburan kerana ia boleh mengering-kontangkan tanah. Apabila rumput panjang, mesin rumput tersebut dan biarkan rumput mereput di tanah tersebut. Biarkan proses penguraian berlaku secara semula jadi supaya lapisan tanah paling atas terhasil (Top Soil). Top Soil itu yang sangat berguna dalam memulihkan tanah. Bagi penjagaan cacing pula, Puan Nuraishah mengatakan cacing boleh diletak dalam laci yang bertingkat. Laci yang bertingkat itu mudah disiram daripada tingkat atas supaya air boleh mengalir ke laci di tingkat bawah. Laci paling bawah untuk menakung air baja yang penuh dengan bakteria bagus yang boleh digunakan untuk menyiram tanaman kita. Laci perlu diletak ditempat yang teduh dan keadaan tanah hendaklah lembab sesuai dengan keadaan cacing tersebut yang bernafas melalui kulitnya sendiri. Selain itu, tempoh masa baja kompos terhasil bergantung kepada kuantiti sisa mestilah seimbang dengan jumlah cacing yang kita letak supaya proses kompos tersebut boleh berlaku dengan baik.

Terdapat dua cara yang dilakukan oleh Puan Nuraishah untuk mengawal rumput di kebunnya. Pertama adalah cabut rumput menggunakan tangan dan seterusnya menanam pokok tutup bumi yang mengeluarkan bunga kuning setiap pagi. Pokok ini jenis menjalar dan memenuhi kawasan. Ini boleh mengurangkan rumput tumbuh di kebun. Kebanyakan anak pokok agak sukar untuk hidup di kawasan tanah yang keras melainkan kita letak biji benih dalam tanah tersebut dan kambus semula. Bagi menanam pokok di tanah yang keras, keluarkan tanah keras sedikit dan masukkan satu lapisan tanah yang gembur. Sebenarnya, tanah keras sesuai untuk pokok buah. Jika ingin menanam pokok sayur, perlu tanah yang lebih lembut dan sihat.

Puan Nuraishah juga turut menjawab pertanyaan penonton daripada Facebook Live. Antara soalan yang ditanyakan adalah apakah contoh tanaman untuk beginner yang baru nak mula bertani dan tinggal di rumah apartment. Seperti kita semua sedia maklum, apartment merupakan tempat yang menerima kurang cahaya matahari. Oleh itu, kita perlu tahu kedudukan matahari dan keperluan sesuatu pokok yang ingin ditanam. Bergantung kepada tanaman yang ingin kita tanam; ada tanaman yang memerlukan cahaya banyak pada waktu siang ada pula yang memerlukan cahaya yang banyak pada waktu petang. Selain itu beliau juga turut memberikan pandangan tentang ancaman penyakit berskala besar hingga mengakibatkan kerugian. Puan Nuraishah mengatakan selalunya petani akan terus buang dan tanam baru apabila tanaman dilanda penyakit begini. Kerugian itu merupakan adat dalam bertani. Namun, bagi orang-orang yang bertani di skala besar, mereka akan menyembur racun kepada tanaman untuk elak kerugian. Oleh sebab itu, kita digalakkan untuk memilih tanaman yang ada lubang kerana itu adalah lebih baik. Haiwan biasanya lebih tahu tanaman mana yang paling berkhasiat untuk mereka makan.

Untuk makluman semua Puan Nuraishah juga turut mengambil pelajar praktikal di kebun urai miliknya. Antara syarat yang beliau berikan kepada sesiapa yang berminat menjalani latihan industri di kebun urai adalah perlu mempunyai tempoh praktikal yang lebih lama (min 2 bulan atau 4 bulan) supaya banyak benda boleh dipelajari, jangan tinggal solat, tidak geli dengan binatang, tahan panas, mempunyai stamina yang kuat, kuat semangat dan sihat tubuh badan. Selain itu, baja kompos yang dihasilkan olehnya ada dijual di kedai dan akan di stok semula apabila bekalan baja telah siap dihasilkan. Bagi sesiapa yang berhajat mendapatkan baja kompos tersebut, pembelian boleh dibuat di platform e-dagang shopee. Kepada sesiapa yang berminat juga boleh menempah baja kompos tersebut melalui instagram beliau Instagram.Com/Nuraishahshamsuddin

 

Share this :