Perpustakaan UTM telah menerima sumbangan bahan bacaan sebanyak 965 naskhah bagi bulan April hingga Jun tahun 2022. Jumlah bahan yang diterima oleh Unit Hadiah dan Pertukaran mengikut pecahan judul baharu sebanyak 529 naskah dan naskah tambahan sebanyak 436 naskah.

Buku-buku ini adalah merupakan hasil sumbangan daripada Malaysian Rubber Glove Manufacturer, Perpustakaan Sultan Ismail, Dr. Doria binti Abdullah, Pensyarah UTM, Dr. Aiman bin Mohd Rashid, Pensyarah UTM dan ramai lagi. Semoga buku ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pengguna perpustakaan sekaligus menyokong pembelajaran, pengajaran dan penyelidkan di UTM.

 

Share this :