Panel jemputan Program Bicara Karya pada 20 Julai 2022 (Rabu) ialah Dr. Kamarul Ariffin Bin Nor Sadan, penulis buku Ghostpital dan Anekdot & Antidot.. Manakala moderator program ialah En Salihuddin Bin Bakhri, Pembantu Pustakawan, Perpustakaan UTM. Program telah bermula pada jam 3.00 petang hingga 4.00 petang dijalankan secara dalam talian menerusi Facebook dan Youtube Perpustakaan UTM. Secara ringkasnya beliau merupakan doktor perubatan rehabilitasi di hospital swasta, berkelulusan dari Crimea State Medical University, Rusia. Aktif di media sosial dalam menyebarkan info kesihatan. Dr. Kamarul mempunyai 400,000 orang pengikut di media sosial. Selain menulis beberapa buah buku, beliau juga bergiat secara aktif dalam menyertai beberapa pertubuhan antaranya ialah Pertubuhan Tweet Perubatan Malaysia (MedTweetMY), Medical Mythbusters Malaysia (M3), MeCare (Mental Care Awareness), Persatuan Rakan Celik P.I.P.I (Physical, Intellectual & Psychological Intervention), dan juga Persatuan Sokongan Orang Kurang Upaya Johor Bahru (PSOKUJB).
Kedua-dua buku tersebut merupakan buku solo pertama yang ditulis oleh beliau setelah beberapa kali berkoleborasi bersama penulis lain. Konsep yang diterapkan bagi buku Ghospital adalah berunsurkan cereka manakala bagi buku Anekdot & Antidot berunsurkan bukan fiksyen. Penulisan Anekdot & Antidot berkisarkan kisah benar dan di selitkan dengan kisah kehidupan. Lebih kurang 10 buku yang telah di jadikan sebagai rujukan untuk di jadikan panduan dalam menulis cereka. Ghospital pula adalah hasil penulisan selepas membuat pembacaan lebih 30 buah buku untuk di jadikan rujukan sebagai asas dalam penulisan.
Genre seram ini di pilih kerana beliau memang suka membaca kisah-kisah seram sejak dari alam persekolahan dan di ketahui oleh semua kenalan rapat dan ahli keluarga. Namun kebanyankan kisah seram mempunyai jalan cerita yang sama, dan beliau mendapat inspirasi untuk menulis kisah seram yang lain dari kebiasaan iaitu dengan menyajikan cerita-cerita seram di sudut-sudut ruang hospital yang tidak boleh di akses oleh orang ramai. Antara cabaran yang di lalui setelah melibatkan diri dalam bidang ini ialah di persoalkan kredibilitinya sebagai seorang doktor yang menulis kisah seram ini, akan menakutkan orang ramai untuk mendapatkan rawatan di hospital. Namun begitu penulis tidak cepat melatah dengan menyatakan kisah seram yang di kongsikan bukanlah meliputi keseluruhan cerita, namun fokusnya lebih kepada mendidik pembaca tentang kesihatan dan juga meminimakan sebaik mungkin unsur khurafat serta lebih memberi penekanan kepada suasana di hospital itu sendiri.
Di akhir sesi bual bicara, beliau juga ada berkongsi tips dan nasihat untuk penulis yang ingin dan baru mula menulis. Beliau menyatakan, situasi kini agak sukar jika ingin menjadikan penulisan ini sebagai sumber pendapatan. Penulis perlu memiliki pengikut yang ramai dan barulah penerbit akan mempertimbangkan untuk menerbitkan buku mereka. Selain itu perlu kerap membuat penulisan, khususnya di media sosial kerana ia medium yang paling mudah untuk penulis baharu mendapatkan maklumbalas dari pembaca tentang bahasa, gaya penulisan dan juga selera pembaca dengan hasil penulisan. Ini untuk memastikan hasil penulisan itu dapat di pasarkan dengan meluas. Bukan hanya mengikut kehendak penulis semata-mata. Walaupun ada yang menulis untuk kepuasan diri, tips tersebut masih boleh di gunakan supaya dapat menarik pembaca untuk membaca hasil penulis tersebut. Semuanya bergantung kepada tujuan asal penulis tersebut menceburi bidang penulisan ini.