Sepanjang Tahun 2022, sebanyak 17 Program Pendidikan Pengguna telah dilaksanakan di Perpustakaan UTM Kuala Lumpur. Kesemua program diadakan secara dalam talian. Modul program melibatkan Kemahiran Mencari Maklumat, UTM MOOC, Endnote, Turnitin dan Tips Kaedah Penerbitan.

Bil Program Jumlah Kelas Jumlah Pelajar
1. Kelas Orientasi Maklumat (UG) 1 634
2. Kelas Literasi Maklumat (UG) 4 129
3. Kelas Kaedah Penyelidikan (PG) 11 107
4. Kelas Turnitin (PG) 1 11

Tiga Fakulti telah terlibat dalam menghadiri Program Pendidikan Pengguna ini iaitu Fakulti Teknologi Informatik Razak (FTIR), Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT) dan UTM SPACE. Kesemua pelajar yang telah mengikuti program ini adalah seramai 881 orang mereka terdiri daripada pelajar Diploma, Ijazah dan Pasca Ijazah. Fasilitator bagi Program Pendidikan Pengguna yang diadakan di UTM KL ini terdiri daripada semua Pustakawan.

Share this :