Program Read & Relax siri ke-22 telah diadakan secara dalam talian hasil sinergi bersama UTM Toastmasters Club pada 1 Disember 2022 (Khamis) bermula dari jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Panel pengulas terdiri daripada Dr. Liew Wen Ching, UTM Toastmaster Club Alumni, Faculty of Chemical & Energy Engineering, Universiti Teknologi Malaysia dan Dr. Ramesh Murlidhar Bhatawdekar, UTM Toasmaster Club, Post Doctorate Fellow, Faculty of Civil Engineering, Universiti Teknologi Malaysia. Manakala Moderator adalah Encik Yap Zhen Shyong.

Dr. Liew Wen Ching telah memilih sebuah buku berjudul How to Be a Productivity Ninja hasil tulisan Graham Allcott. Buku ini menjadi panduan kepada beliau bagi memudahkan pengurusan bagi menjalankan tugasan dan tanggungjawab  seharian. Buku ini memberi panduan kepada pembacanya dalam mengenalpasti perkara perlu diberi perhatian yang serius dan perkara yang mungkin memerlukan perhatian yang sedikit atau tidak perlu diendahkan. Buku ini ditulis dalam gaya yang jelas dan mudah difahami selain turut menyajikan pelbagai petua dalam pengurusan kerja seharian. Pengulas mengesyorkan buku ini kepada pembaca yang ingin menambahbaik pengurusan cara bekerja dengan lebih tersusun, ini kerana buku ini berupaya untuk mendorong pembaca untuk berfikiran positif dan sekaligus meningkatkan produktiviti dalam kehidupan seharian.

Dr. Liew Wen Ching mengulas buku bertajuk How to Be a Productivity Ninja

Pengulas kedua iaitu Dr. Ramesh Murlidhar Bhatawdekar telah memilih untuk mengulas buku bertajuk Proceedings of International Conference in Geotechnical Engineering: Tunneling & Underground Structures. Buku ini terdiri daripada kertas kerja terpilih yang dibentangkan di persidangan antarabangsa mengenai cabaran geoteknik dalam perlombongan, terowong dan infrastruktur bawah tanah (ICGMTU), yang diadakan sebagai persidangan maya pada 20 Disember 2021. Kertas kerja ini mewakili kerja-kerja penyelidikan dalam bidang berkaitan perlombongan bawah tanah, kawalan tanah, geoteknik perlombongan, geo-instrumentasi, terowong lombong, dan struktur bawah tanah. Ia memberi tumpuan kepada teknologi terkini yang dilaksanakan termasuk kecerdasan buatan dan aplikasi pembelajaran mesin untuk menyelesaikan cabaran dalam terowong perlombongan dan kejuruteraan struktur geoteknik. Ia juga menyoroti teknologi canggih yang diterima pakai oleh industri sivil dan perlombongan untuk faedah komersial dan alam sekitar mereka.

Dr. Ramesh Murlidhar Bhatawdekar mengulas buku bertajuk Proceedings of International Conference in Geotechnical Engineering: Tunneling & Underground Structures.

Share this :