Panel jemputan bagi Program K-Sharing Open Science bertajuk Strategies & Directions for Excellence ialah Dr. Nurzatil Sharleeza Mat Jalaluddin, Ahli Officio Malaysia Open Science Alliance dan Pensyarah Kanan, Centre for Research in Biotechnology for Agriculture (CEBAR), Universiti Malaya. Program ini pada hari Selasa, 14 Februari 2023 bermula jam 2.30 petang secara dalam talian melalui Facebook UTM Library Kuala Lumpur.

Open Science atau sains terbuka adalah satu inisiatif gerakan global untuk memperluas akses terhadap pengetahuan, data dan bahan-bahan sains. Tujuan utama adalah pada amnya adalah untuk memudahkan penerbitan dan komunikasi data pengetahuan. Di Malaysia, sains terbuka telah menjadi isu penting dalam kalangan penyelidik dan masyarakat umum. Ia berpegang kepada prinsip FAIR iaitu Findable, Accessible, Interoperable dan Reusable. Hal ini merupakan antara perkara utama yang dijelaskan oleh Dr Nurzatil. Beliau juga turut menjelaskan perbezaan antara open data dan fair data dengan penerangan mudah iaitu ‘as open as possible, as closed as necessary’.

Pada 2019, kerajaan Malaysia telah memperkasakan sebuah platform kolaborasi strategik yang dinamakan sebagai Malaysia Open Science Platform (MOSP) yang diuruskan oleh Akademi Sains Malaysia (ASM) melalui Malaysia Open Science Alliance. Menurut Dr. Nurzatil, MOSP dengan kerjasama lima Universiti Penyelidikan di Malaysia telah melaksanakan satu projek rintis dengan melatih sekumpulan pustakawan terpilih sebagai data stewards. Dalam konteks sains terbuka, peranan data steward sangat penting dalam membantu menguruskan data penyelidikan secara terbuka dan beretika, supaya data tersebut boleh dikongsi dengan pelbagai pihak dan digunakan secara luas dan membawa manfaat kepada masyarakat secara lebih berkesan.

Open Science adalah satu perkongsian data yang jelas ke arah menjalinkan kerjasama secara maya dimana penyelidik boleh berkongsi data yang sahih. Meskipun Malaysia belum setanding dengan negara luar, namun sebenarnya inisiatif di Malaysia sudah boleh dibanggakan dan boleh dijadikan budaya di negara kita. UTM sendiri telah membangunkan UTM Research Data Management-UTM RDM, di mana pensyarah dan penyelidik boleh berkongsi data-data terbukanya di sini.

Di akhir bicara, beliau menegaskan kepentingan data steward bagi memastikan data yang dimuatnaik ke platform berkenaan adalah berkualiti dan well-curated supaya maklumat tersebut boleh diintegrasi dalam sistem global dan diguna pakai oleh semua bukan hanya terhad di Malaysia sahaja.

Terima kasih kepada Dr. Nurzatil Sharleeza Mat Jalaluddin atas perkongsian menarik dan penuh dengan informasi ini dan semoga penonton dapat memanfaatkan dan bersikap terbuka dalam menerima inisiatif Open Science di Malaysia.

Share this :