Program khidmat masyarakat pertama yang dianjurkan oleh Jabatan Perpustakaan UTM (JPUTM) pada tahun 2024 telah diadakan secara bersinergi dengan Persatuan Pustakawan Kumpulan Selatan. Menerusi kerjasama ini, sebanyak 100 naskhah buku pelbagai kategori yang bersesuaian dengan pelajar sekolah rendah dan menengah telah disumbangkan kepada Perpustakaan Kontena Bangsa Johor Bahagia (BJB), Pangsapuri Kenari, Bandar Baru Kangkar Pulai, Johor Bahru.

Jabatan Perpustakaan UTM memainkan peranan penting dalam pembangunan koleksi bahan bacaan termasuklah penyediaan sistem KOHA untuk menyelaras bahan bacaan di perpustakaan ini. Sumbangan bahan bacaan telah disampaikan pada 4 Mac 2024 (Isnin) oleh wakil JPUTM kepada Pengurusan Perpustakaan Kontena.


Semoga fungsi perpustakaan ini dapat memberi impak yang besar kepada komuniti sekitar di pelbagai peringkat umur seterusnya menyuburkan budaya membaca yang berterusan bagi mendokong pembelajaran sepanjang hayat.

Share this :