Program Book Review Siri 29/2019 diteruskan dengan menampilkan dua (2) orang lagi penyampai iaitu Puan Rohana Binti Sarip dengan bukunya yang bertajuk “Mudahnya Menjemput Rezeki” dan Puan Naimah Binti Mohamed dengan buku yang berrtajuk “Berubat Dengan Sedekah”.
Buku ini mengupas tentang konsep rezeki di mana apa sahaja yang memberi manfaat, termasuk yang haram adalah rezeki. Tidak semua rezeki itu adalah milik mutlak kita. Antara kaedah menjemput rezeki adalah dengan mengetahui dan mengenali tempatnya, mengutamakan solat (termasuk solat-solat sunat), dan bersedekah. Seseorang perlu fokus dengan matlamat yang ingin dicapai dan zahirkan dalam bentuk penulisan. Selain itu, redha ibu serta pasangan sangat penting selain mendekatkan diri dengan Allah melalui solat.
Manakala penyampai kedua pula adalah Puan Naimah Binti Mohamed dengan buku yang berrtajuk “Berubat Dengan Sedekah” ditulis oleh Hasan Bin Ahmad Hasan Humam.
Buku yang mengandungi 5 bab ini mengisahkan tentang bagaimana kita boleh merawat diri melalui amalan bersedekah. Sedekah bermaksud “benar”. Antara yang diketengahkan dalam buku ini adalah kepentingan sedekah yang dapat menyuci dan melindungi diri daripada bahaya, menolak daripada kematian yang buruk, serta membuktikan keteguhan iman seseorang kepada Allah Sedekah juga adalah penghapus dosa yang pahalanya akan berterusan mengalir sehingga anak adam itu meninggal dunia. Dalam buku ini dinyatakan juga beberapa contoh dan kisah menarik yang boleh dijadikan panduan kepada pembaca. Antaranya adalah kisah seorang sahabat yang menggali perigi dengan niat bersedekah bagi mengubati bisul dan akhirnya beliau pulih dengan izinNya.
Artikel disediakan oleh Pn Nurrull Huda Abdul Wahid