Pada 20 Disember 2025, Sabtu, Jabatan Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia (JPUTM) telah menganjurkan program Read & Relax Siri 8/2025 bersempena Program Bangsa Johor Bahagia 2.0, Karnival Komuniti Berjaya & Digital Beretika bertempat di Flat Taman Plentong Utama, Johor Bahru.

Sesi santai ini telah menampilkan panel yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 6 dari SMK Tmn Johor Jaya 1 & SMK Tmn Johor Jaya 2.

Disamping itu, kerjasama Jabatan Perpustakaan UTM dan Persatuan Pustakawan Malaysia Kumpulan Selatan (PPM KS) telah menyumbangkan sebanyak 50 naskhah buku yang terdiri daripada pelbagai genre. Simbolik penyerahan sumbangan telah disampaikan oleh YBrs Pn Khairulbahiyah Binti Yaakub, Ketua Pustakawan kepada Pengerusi Komuniti Flat Plentong Utama.


Diharapkan sumbangan buku yang diberikan ini dapat meningkatkan pengetahuan, menyemai minat membaca serta menyuburkan budaya literasi dalam kalangan komuniti setempat, seterusnya merancakkan percambahan idea, pemikiran kritis dan pembelajaran sepanjang hayat.
