Pada 6 April 2026 (Isnin), Perpustakaan UTM Kuala Lumpur telah menerima kunjungan lawatan pelajar UTMSPACE Johor Bahru dari Samudera Management Consultants Sdn. Bhd. (SMC) dan Flextronics. Lawatan ini telah disertai oleh seramai 17 orang pelajar bersama 3 orang guru pengiring.
Program lawatan yang berlangsung dari jam 2.30 petang hingga 3.00 petang ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada para pelajar mengenai kemudahan, perkhidmatan serta peranan perpustakaan sebagai pusat sokongan pembelajaran, penyelidikan dan pembangunan ilmu.

Sepanjang sesi lawatan, kumpulan pelawat telah diiringi oleh beberapa orang staf perpustakaan bersama Puan Sharifah Radhiah Syed Azman selaku pustakawan bertugas. Beliau turut menyampaikan taklimat ringkas mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di Perpustakaan UTMKL. Taklimat tersebut merangkumi pengenalan kepada fungsi perpustakaan, kaedah penggunaan perkhidmatan, serta pelbagai kemudahan yang boleh dimanfaatkan oleh para pengguna.
Para pelajar kemudiannya dibawa meninjau beberapa ruang utama di Perpustakaan UTMKL, antaranya Ruang Galeri, Ruang Pameran, serta Ruang Bacaan dan Koleksi Buku yang terletak di Aras 3 dan Aras 4. Lawatan ini memberi peluang kepada peserta untuk melihat sendiri suasana pembelajaran yang kondusif, susun atur ruang yang mesra pengguna, serta kepelbagaian koleksi dan fasiliti yang disediakan bagi menyokong aktiviti pembacaan, rujukan dan pembelajaran kendiri.
Pihak Perpustakaan UTM Kuala Lumpur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas kunjungan yang telah diadakan. Diharapkan agar segala ilmu, maklumat dan pengalaman yang diperoleh sepanjang lawatan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh semua peserta, seterusnya menjadi pemangkin kepada semangat pembelajaran berterusan dan penghayatan terhadap budaya ilmu.