Bagi sesi ke-33 Program Book Review telah menampilkan dua orang penyampai iaitu Cik Edzreen Syahira binti Ismail dan En. Radhir Sham bin Mohamad untuk berkongsi hasil bacaaan mereka.

Cik Edzreen Syahira Ismail mengulas buku bertajuk Yasmin How You Know?

Buku yang dikongsi oleh Cik Edzreen Syahira binti Ismail yang bertajuk “Yasmin How You Know?” Hasil karya Eugene Yong dan diterbitkan oleh Leo Burnett. Buku ini adalah berkisahkan Yasmin Ahmad, Pengarah terkenal. Buku ini merakamkan segala cerita ringkas yang berupa kenangan penulis bersama Yasmin serta segala perbualan, nasihat dan prinsipnya yang dijadikan sebagai puisi-puisi. Buku ini dipenuhi dengan pelbagai pesanan serta nasihat. Ianya adalah sebagai motivasi kepada seluruh pembaca untuk mendalami erti kehidupan dalam pelbagai perspektif. Seperti karya hebat yang lain, karya ini adalah memori yang di tinggalkan oleh penulis agar segala nasihatnya akan sentiasa mekar di ingatan pembaca.

En. Radhir Sham Mohamad mengulas buku bertajuk Mydin : Di Sebalik Tabir

Penyampai kedua iaitu En. Radhir Sham bin Mohamad yang berkongsi buku bertajuk “Mydin : Di Sebalik Tabir” iaitu hasil karya Datin Dr. Hajah Siti Hawa Mohd. Buku ini menceritakan tentang semangat jatuh bangun seorang lelaki bersama anaknya dalam menempa nama di dalam industri jenama pasaraya yang kini cukup gah dan dikenali di seluruh rakyat Malaysia.. Kisah ini memberikan motivasi kepada anak-anak muda bahawa walaupun sesuatu bidang perniagaan yang disangka kecil di mata manusia tidak bermakna ianya tidak mampu menempah nama untuk dikenali di Malaysia, malah luar negara. Buku ini juga memberi idea serta cara-cara untuk berniaga dengan betul selain titipan dorongan dan semangat iaitu tiada apa yang dapat menghalang seorang anak muda dalam mencapai cita-citanya dengan izin Allah swt.

#MalaysiaMembaca
#UTMRead
#UTMMembaca

Disediakan oleh Puan Nurrull Huda Binti Abdul Wahid.

Share this :