Slot K-sharing kali ini disampaikan oleh En. Mohammad Fikri Yusof dengan tajuk “Essential Oil (Minyak Pati) “. Beliau berkongsi fakta – fakta mengenai essential oil atau dikenali sebagai minyak pati. Essential oil bermaksud minyak pati tumbuhan yang diambil daripada bunga, daun, buah atau kulit pokok.

Minyak ini terkumpul di dalam tisu tumbuhan yang disebut kelenjar tumbuhan yang kemudian diekstrak menggunakan kaedah penyulingan, enfleurage atau teknik maceration. Mengikut jenis minyak pati itu sendiri, essential oil terbahagi kepada beberapa jenis yang mempunyai kebaikan tersendiri seperti minyak lavender yang mampu mengurangkan penyakit dan jangkitan termasuk asma, mulut berbau, selsema, laryngitis dan batuk. Minyak Peppermint pula boleh membantu proses pencernaan, mengubati senak perut dan boleh merawat selsema. Minyak Tea Tree banyak digunakan dalam barangan penjagaan kesihatan terutama penjagaan kulit.dan minyak pati buah pala mampu merawat kemurungan (stress), mencegah kesakitan perut semasa haid dan juga mengawal tekanan darah.

Minyak pati adalah berbeza dengan minyak aroma iaitu minyak pati kurang berbau berbanding daun atau buah semulajadi, tetapi minyak aroma, baunya lebih kuat berbanding daun atau buah semulajadi. Minyak pati mengandungi warna semulajadi daripada herba atau buah-buahan, tidak seperti minyak aroma yang kebanyakannya adalah berwarna kuning atau putih. Kesan minyak pati adalah memberikan keputusan yang serta-merta, seperti contoh, gunakan minyak pati lemon ke tangan dan ianya akan memberikan hasil pemutihan dengan segera manakala minyak aroma hanya menenangkan minda seperti minyak aroma lavender dan tangerin yang boleh membantu memulihkan insomia.

#MalaysiaMembaca
#UTMMembaca
#UTMRead

Disediakan oleh Puan Nurrull Huda Binti Abdul Wahid.

 

Share this :