Slot K-sharing kali ini disampaikan oleh En. Shaharudin Bin Ali yang bertajuk ‘’ Pemuliharaan Rekod Selepas Bencana ‘’. Beliau telah berkongsi mengenai cara-cara untuk pemuliharaan rekod yang telah rosak akibat bencana yang terjadi.

Objektif beliau adalah untuk memberi pendedahan dan kefahaman asas-asas pemuliharaan selepas bencana terjadi di pejabat awam. Pemuliharaan adalah proses baik pulih bahan bagi memelihara keadaan fizikal dan kandungan. Mengambil langkah-langkah pencegahan untuk terus melindungi bahan daripada kerosakan melalui ujian, pemulihan dan pengawetan. Proses baik pulih yang dilakukan ke atas bahan adalah bagi memelihara keadaan fizikal dan kandungan maklumat serta mencegah daripada berlakunya kemerosotan yang berterusan. Bencana yang terjadi adalah peristiwa atau rangkaian peristiwa yang mengancam dan mengganggu kehidupan dan penghidupan masyarakat yang disebabkan oleh faktor alam dan/atau faktor bukan alam mahupun faktor manusia sehingga mengakibat kan timbulnya kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda. Jenis bencana alam adalah seperti jerebu, kebakaran, banjir dan juga tanah runtuh.

Persediaan dan pencegahan sebelum bencana adalah dengan menganalisa risiko seperti lokasi dan cuaca. Juga, serta segala panduan serta peraturan yang perlu dilaksanakan bagi mengelakkan risiko yang mungkin bakal menimpa. Penubuhan jawatan kuasa pengurusan bencana juga adalah perlu untuk sentiasa bersedia menghadapi bencana dan bertanggungjawab dalam bertindak dan melaksanakan pemulihan mengikut kaedah-kaedah yang ditentukan. Segala latihan juga perlu diberi sebagai langkah awal jika berlakunya bencana. Dalam persediaan selepas bencana, perlu dipastikan ruang dan kawasan selamat, dan perlu mengenal pasti rekod penting yang perlu diselamatkan dan di titik beratkan. Kaedah yang boleh digunakan dalam menyelamatkan rekod adalah kaedah sidaian, haba dan juga helaian.

Disediakan oleh Puan Nurrull Huda Binti Abdul Wahid.

Share this :