Program Book Review Siri 39 menampilkan dua orang pengulas iaitu Prof. Khaeruddin Sudharmin bersama Dr. Rahayu Tasnim berkongsi ilmu pengetahuan melalui buku yang telah dibaca kepada hadirin pada program Book Review@UTMKL.

Pengulas pertama, Prof. Khaeruddin Sudharmin memilih buku bertajuk “Agata Si Gadis Poland” yang ditulis oleh Thaqib Shaker. Buku ini menceritakan tentang kisah Miqael yang berpeluang melanjutkan pelajarannya di Kota Izmir, Turki. Beliau merupakan seorang yang agak konservatif dan taat kepada agama. Namun begitu terpaksa berhadapan dengan pelbagai karenah masyarakat yang liberal dan menjalankan kehidupan barat yang turut mendapat tempias apabila beliau hampir ‘culture shock’ semasa berkelana di bumi sekular itu. Ianya juga menceritakan tentang pengalaman dan memberi banyak pengajaran kepada pembaca. Bukan sekadar novel cinta biasa tetapi penulis juga banyak menerapkan nilai-nilai positif dan nilai keagamaan, dengan menunjukkan bahawa Islam adalah cara kehidupan yang sebenar yang perlu kita ikuti dalam menjalani kehidupan seharian.

Pengulas kedua, Dr. Rahayu Tasnim dengan bukunya  bertajuk “The Secret Life Of The Mind” yang ditulis oleh Mariano Sigman. Buku ini merungkaikan tentang bagaimana atau cara berfikir sejak dari hari pertama dilahirkan. Buku ini juga menerangkan sesuatu keputusan yang dibuat atau diambil sedikit sebanyak menunjukkan ciri atau sifat diri  dan bagaimana minda  berubah setiap tahun kesan dari ilmu dan pembelajaran yang dipelajari atau diperolehi. Buku ini juga membawa pembaca meneroka cara untuk memahami walau sekecil-kecil perkara yang membantu untuk memahami dan mengenali siapa diri kita yang sebenar.

#MalaysiaMembaca
#UTMMembaca
#UTMRead

Disediakan oleh Puan Nurrull Huda Abdul Wahid.

Share this :