Mesyuarat Agung Kelab Keluarga Staf Perpustakaan UTM (KKSPUTM) sesi 2017/2019 telah berlangsung pada 5 Ogos 2020, pada jam 2.00 petang bertempat di Bilik Seminar 1 & 2, Jabatan Perpustakaan (Bangunan Raja Zarith Sofiah), Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru

 

Mesyuarat dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Yang Dipertua KKSPUTM dan diikuti oleh pembentangan laporan tahunan Ahli Jawatankuasa KKSPUTM. Acara kemuncak adalah perlantikan Exco KKSPUTM Sesi 2020/2022 menerusi undian ahli yang hadir berdasarkan senarai pendek undian atas talian. Mesyuarat ini dimeriahkan lagi dengan aktiviti cabutan bertuah. Sebanyak 21 hadiah telah  berjaya dibawa pulang. Selain itu agihan sumbangan sebanyak RM20.00 juga telah diedarkan kepada semua ahli yang layak.


Tahniah diucapkan kepada Barisan Exco KKSPUTM Sesi 2020/2022 :

Yang Dipertua: En. Mohamad Syafiq Bin Salamat
Timbalan Yang Dipertua: En. Abas Bin Rahmat
Setiausaha: Cik Nazrinda Binti A. Samah
Timbalan Setiausaha: Pn. Norila Binti Joyos
Bendahari: Pn. Zurina Binti Rosmani
Timbalan Bendahari: En. Farhan Bin Yuskelana
Exco Sosial: En. Azharuddin Bin Azmi
Exco Kebajikan: En. Mohd Fikri Bin Ismail
Exco Sukan Lelaki: En. Hasanul Manzar Bin Ismail
Exco Sukan Wanita: Cik Shaliza Binti Md Yusos
Juruaudit Dalam 1: Pn Junaidah Binti Abdullah
Juruaudit Dalam 2: Pn Haliza Binti Zainal

Pihak KKSPUTM mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli yang hadir. Semoga ikatan ukhwah sesama ahli tetap kukuh dan berkekalan.

Disediakan oleh Habibah Samsudin

 

 

 

Share this :