Perpustakaan UTM di Bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) telah menerima kunjungan dari Universitas Bung Hatta pada 25 Julai 2018 (Rabu) yang lepas. Seramai 34 orang pelawat dan seorang pengiring mengambil bahagian di dalam lawatan tersebut yang dikendalikan oleh Pn Syazwani Syamimi Mat Pauzi, Pustakawan Kanan, Bahagian Perkhidmatan Maklumat dan Penyelidikan dan Pn Norsyuhada Shafie, Pustakawan, Bahagian Perkhidmatan Maklumat dan Penyelidikan.

Pelawat telah dibahagikan kepada dua kumpulan dengan matlamat utama supaya perjalanan lawatan berjalan dengan lancar dan maklumat dapat disampaikan dengan lebih jelas serta memudahkan sesi soal jawab semasa program ini berlangsung. Mereka di bawa menelusuri semua aras di perpustakaan bagi merasai pengalaman singkat di perpustakaan UTM selain didedahkan dengan perkhidmatan dan kemudahan yang tersedia.

Share this :