Pada 10 Jun 2021 (Khamis) telah diadakan satu bengkel berkaitan penambahbaikan kepada Librarian Online Chat. Bengkel tersebut telah diadakan secara atas talian menggunakan pelantar Google Meet. Seramai tujuh (7) orang peserta yang terdiri daripada empat (4) orang Pustakawan dan tiga (3) orang Pembantu Pustakawan telah mengikuti bengkel tersebut. Bengkel yang bermula pada jam 10.00 pagi diketuai oleh Encik Mohamad Fahiezan Md Zan selaku fasilitator.
Tujuan utama bengkel diadakan adalah untuk memperkenalkan serta memberikan latihan terhadap ciri baharu proses check in dan check out bagi pustakawan yang bertugas di Librarian Online Chat. Ini akan memudahkan penjanaan statistik bulanan dan juga sebagai pelaporan tahunan. Selain daripada itu juga, ia juga sebagai penambahbaikan kepada fungsi Librarian Online Chat yang sedia ada. Bengkel tersebut berakhir pada jam 11.45 pagi.